Khamis, 1 Mei 2014

KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK

Artikal ni saya ambil dari infosihat.gov.my, untuk simpanan dan rujukan saya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Membesarkan seorang anak adalah satu cabaran besar bagi kebanyakan ibubapa. Walaubagaimanapun ia merupakan satu pengalaman yang boleh mendatangkan kepuasan. Selain daripada keperluan fizikal, kanak-kanak juga memerlukan kasih sayang, perhatian, rasa selamat dan disiplin untuk pertumbuhan dan perkembangan mental yang sihat.

Tanda-tanda kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi

  • Perubahan mendadak pada tingkahlaku seperti cepat marah dan kasar
  • Mengasingkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
  • Hilang minat dalam aktiviti berkumpulan
  • Perubahan ketara pada selera makan, berat badan dan tidur
  • Mempunyai banyak aduan-aduan fizikal
  • Pencapaian akademik yang merosot dengan ketara dan mendadak
  • Tidak berminat serta sering ponteng sekolah
  • Degil, suka berbohong, mencuri dan merosakkan harta benda awam
Jika kanak-kanak mengalami tanda-tanda di atas, mungkin mereka mengalami masalah emosi dan memerlukan bantuan profesional.

KEPERLUAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK

Kasih Sayang
   Kanak-kanak perlu merasa
...ibubapanya kasih, sayang serta gembira berdampingan dengannya
...ada orang disampingnya yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya

Penerimaan
   Kanak-kanak perlu mempercayai
...bahawa mereka disukai dan sentiasa diterima setiap masa

Keselamatan
   Kanak-kanak perlu mengetahui
...bahawa rumah dan persekitarannya ialah tempat yang selamat dan seleda baginya
...bahawa ibubapanya sentiasa bersedia membantu apabila mereka dalam kesusahan

Perlindungan
   Kanak-kanak perlu merasa
...bahawa ibubapanya sentiasa memeliharanya dari keadaan bahaya dan menakutkan

Kebebasan
   Kanak-kanak perlu mengetahui
...bahawa ibubapanya sentiasa menggalakkannya mencuba perkara-perkara baru
...bahawa mereka mempunyai keyakinan diri sendiri dan sentiasa digalakkan mencuba perkara-perkara baru

Kepercayaan
   Kanak-kanak perlu mempunyai
...tauladan tentang nilai moral yang  boleh dipelajari seperti budi pekerti yang baik, jujur, pemurah dan adil

Bimbingan
   Kanak-kanak memerlukan
...tunjuk ajar untuk belajar dan cara berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya

Disiplin
   Kanak-kanak memerlukan
...panduan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
...disiplin yang konsisten dan tidak kasar

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020