Rabu, 1 Oktober 2014

Jom Tanggani Stress...Amalkan 10B

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
  1. Bertenang Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  2. Bernafas secara dalam Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  3. Berkata : Relakslah.... Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  4. Beribadat Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  6. Berurut Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  7. Berehat & mendengar muzik Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  8. Beriadah Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  9. Bersenam Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  10. Berfikiran Positif Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Artikel diperolehi dari infosihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020