Tahun 2014 , giliran beraya kat Sabah...banyak pengalaman yang kami lalui sepanjang perjalanan nak balik kampung. Seperti biasa, kalau naik flight pagi... habib tak tidur malam. Dia kejutkan saya seawal pukul 3.30pg. Selesai semua keja, kami kejutkan anak-anak pukul 4.30pg utk bersiap. Dlm pukul 5 pagi kami bergerak ke Putrajaya Sentral menaiki teksi, seterusnya menaiki ERL ke KLIA.
Gambar dalam ERL
Sebelum pukul 6 pg kami sudah berada di KLIA. Sampai sahaja, habib check in di tempat yg disediakan sementara saya dan anak-anak Q utk ke kaunter check in bagasi. Selepas dapat boarding pass, saya terkejut waktu yg tertera di boarding pass ialah pukul 20.05 bukannya 8.05pg. Macam tak percaya...flight kami adalah malam. Kami selesaikan urusan check in bagasi...lepas tu kami balik rumah dan sambung tidur. Sampai kat rumah, pintu grill tak berkunci dan bahan utama nak buat kek tertinggal dalam peti sejuk...inilah hikmahnya kami tak naik flight pagi...alhamdulillah.
Pagi tu kami sekeluarga tidur sepuas-puasnya. Saya terbangun pukul 12.00tgh...tengok habib dan anak-anak tidur dgn lenanya...so saya pergi shopping kat Darussalam sorang2. Balik dari shopping...masak, mengemas dan bersiap. Pukul 4.00ptg kami keluar rumah, jalan kaki sampai stesen bas flat hijau. Lepas tu naik bas nadi putra ke Putrajaya Sentral...sebelum 6 ptg sampai KLIA dan lepak kat anjung sampai pukul 7.00mlm. Lepas tu kami cari pejabat MAS utk booking tempat duduk masa balik nanti. Selesai je kami terus masuk dan berbuka puasa...lepas tu terus masuk dlm flight. Kami sampai di KKIA dlm pukul 10 lebih dan keluarga kak sah sudah sedia menunggu. Perjalanan diteruskan dan kami selemat sampai di kampung dlm pukul 2 pg...Alhamdulillah