Selasa, 28 April 2015

Gambar anak-anak pengubat rindu masa duduk wad


 Gambar yg habib antar...





 Gambar yang adik imah antar...pelbagai ekpresi muka lucu Alwida


Program Prasekolah SKPP8(2) Bulan April 2015- KELAS PROAKTIF


Aktiviti pertama utk bulan April...especially utk Kelas Proaktif dalam kelas ni ada my son iaitu zidane...aktiviti membuat donut. Rasanya doh sudah disediakan awal oleh cikgu kot...murid-murid diajar cara terap doh & membuat deco donut...satu pengalaman yg baru untuk zidane dan kawan-kawannya...

Yang pakai tudung hijau adalah Cikgu Julia dan tudung grey...zidane panggil kak nani


Pada 16 April 2015...aktiviti kedua iaitu berkebun iaitu tanam sayur...zidane kata mereka dipecahkan kepada 4 group...group zidane tanam sayur chili(zidane yg cakap)




ni group zidane


Pada 28 April 2015 Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yg lahir pada bulan Jan-April










Sungguh meriah dgn pelbagai makanan dan juadah yang disediakan oleh pihak Prasekolah dan sumbangan ibubapa

*Gambar-gambar drp Cikgu Julia yg dikongsi melalui group whatshapp...terima kasih cikgu Julia

Suspek Denggi...Rupanya Leptospirosis( Kencing Tikus)


Assalammualaikum...

Nini start demam pada hari rabu...saya bawa ke klinik pada hari jumaat dan terus buat ujian darah. Hasil ujian darah ialah darah merah rendah...yg lain semua ok...tetapi kalau demam berterusan, muntah-muntah, cirit-birit dll, Doktor minta datang klinik balik...dia suspek denggi. Pada hari sabtu pagi keadaan nini nampak ok...still blh makan, minum dan main dgn adik-adik...tengahari tu dia mengadu cirit-birit dan sakit perut...mula x selera makan dan kurang minum, sebelah petang keadaan nini makin teruk...suhu badan dia tinggi, bagi makan ubat dia muntah. Ckap ngan habib nak bawa dia ke hospital...habib kata tunggu dulu. Sepanjang malam kami tak tidur lena nak pastikan keadaan nini. Pagi ahad kami terus bawa nini ke klinik...macam biasa ambil darah dulu. Keputusan ujian darah...platelet makin menurun tp still normal...tetapi disebabkan nini mengalami simpton2 denggi...Doktor sekali lagi arahkan makmal buat ujian denggi. Hasil ujian -ve denggi...namun begitu nini tetap di rujuk pd hospital sebab dihidrat. 

nini nampak lemah...lepas ambik darah
Selesai di klinik kami terus pergi hospital Putrajaya...masa ni pagi lagi so orang tak lah ramai sangat. So sekejap je la menunggu...klu ikut yg tercatat pada botol air tu dalam pukul 12 selesai. Saya seorang je yg boleh menemani nini dan habib balik rumah dulu...nasib baik rumah dekat je. Dlm pukul 11 lebih Doktor datang...check nini. Doktor tu kata mungkin kena masuk wad sebab nini x mahu makan dan minum pun kurang...dihidrat(kurang air dlm badan) nini macam teruk jugak...tapi kena tunggu Doktor dari wad pediatrik...tunggu doktor ni yg lama. Petang baru doktor ni datang...mula2 doktor ni kata x perlu masuk wad, kena pujuk nini utk makan dan minum. Lepas tu saya bagitahu...dia jugak mengalami sakit badan(sendi), muntah2 dan cirit-birit. Baru la dia rujuk surat dari klinik...lepas tu kena masuk wad la suspek denggi.

Bilik pertama


Esoknya...keadaan nini makin lemah, demam pun tak turun2, masa ni doktor ada tanya ada tak bawa nini jalan2, mandi kolam, makan luar...doktor risau virus kencing tikus sebab result ujian darah still -ve denggi . Last bawa anak-anak mandi kolam 7 mac 2015 di kolam presint 9...so doktor kata ambil darah buat ujian lepto plak. Disebabkan keadaan nini makin teruk...doktor tukar bilik dpn kaunter(bilik ni utk pesakit kritikal)...katil no 14.





 Akhirnya...ptg tu doktor bagitau keputusan darah +ve Leptospirosis(kencing tikus). So tukar semua ubat dan antibiotik. Selain tu tonsil nini bernanah dan juga kekurangan garam dalam badan...





Alhamdulillah nini beransur sihat...so tukar bilik lagi...bilik yg paling depan katil no 4. Bilik nini tu ganti dgn budak lain(baru masuk wad dlm keadaan kritikal). Kena stay kat wad sampai antibiotik tukar yg minum.

 Zidane dan alwida datang melawat...kanak-kanak bawah 12 tahun x bleh melawat kat wad, so nini kena keluar jumpa adik-adik



 makin ceria dpt jumpa adik-adik

 main seorang kat wad

Alhamdulillah...hari khamis nini dah boleh keluar wad, Doktor kata nini dah sihat sepenuhnya dan kena habiskan antibiotik kat rumah. Kemungkinan nini kena virus kencing tikus ni masa balik kampung cuti sekolah bulan mac sebab bulan Disember 2014 habib pun kena penyakit yg sama. Apapun saya bersyukur sebab habib dan nini terselamat daripada penyakit yang berbahaya ini.


 Hari terakhir kat wad...check kesihatan dulu sblm balik(nak pastikan btul2 sembuh)

Naik shuttle hospital...parking tiada




Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020