Isnin, 15 Februari 2016

Berkunjung ke Muzium TUDM

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia

Pada 14 Feb 2016, buat pertama kalinya kami berkunjung ke Muzium TUDM bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke 30 dan Hari Terbuka Muzium TUDM. Kami sampai dalam pukul 2.45ptg...sampai je anak-anak terus nak main taman permainan dan beli belon. Tapi mereka main sekejap je la...lepas tu kami terus masuk ke ruang pameran, masa tu ada pertunjukkan persembahan kat luar

Ruang Pameran (Bahagian dalam)




Masa Pertunjukkan Pencaragam


Pertunjukkan Pencaragam ni memang best...



dalam salah satu pesawat yang dipamerkan

Lepas habis pertunjukkan pencaragam...ada cenderahati daripada TUDM sebagai kenang-kenangan. Terima kasih TUDM, insyaallah tahun depan ke datang lagi

Tak Jadi Balik Kampung

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia

Cuti Tahun Baru Cina anak-anak ajak balik kampung...Biasanya kami balik malam tapi kali ni habib ajak balik pagi sabtu(06.02.2016). Awal pagi kami bersiap dan gerak dari rumah dalam pukul 8.00pg...singgah kat RNR Sungai Buloh untuk sarapan, lepas sarapan kami memulakan perjalanan balik kampung. Baru masuk highway...jalan dah jem teruk...semua kereta bergerak perlahan je. So habib tanya...nak teruskan??? Anak-anak tetap nak balik balik juga...nak puaskan hati kami check aliran trafik melalui PLUSTrafik...semak punya semak, trafik perlahan sampai Kuala Kangsar...memang tak lah habib kata...so patah balik la. Perjalanan balik kampung kami ganti dengan mandi-manda di pantai Port Dikson.

Sebelum mandi kami singgah utk beli ayam panggang di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. Habib kata...ayam panggang dia memang sedap...
gambar ni saya ambil dari thevoket

Lepas tu kami terus ke pantai...mandi dulu, anak-anak dah tak sabar nak mandi pantai. Time ni memang tak fikir nak ambil gambar, fikir nak mandi je...so x de gambar la. Mandi, makan dan mandi lagi..lepas tu balik rumah rehat

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020