Atas Nama Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Cuti sekolah semesta telah berakhir...pelbagai aktiviti menarik yang telah kami lakukan untuk mengisi masa anak-anak. Pada 29-31 Mei 2024 iaitu hari rabu sehingga jumaat kami telah membawa anak-anak bermain dengan alam. Macam biasa aktiviti ini kami rancang secara grouping bersama family bunga dan irene...lagi ramai lagi meriah kan. Kali ni kami camping di Deruan Rimba Campsite Sg. Gabai. Sebenarnya ini adalah kali kedua kami pacak khemah kat sini.
Hari Pertama
Sebenarnya kami orang terakhir sampai...kami sampai diorang dah mula masak. Menu lunch kami ialah nasi putih, ikan goreng, telur dadar, telur + bawang+cili padi dan sambal kicap...terlupa ada sambal belacan juga .Lepas makan baru kami pasang khemah. Masa ni tinggal kami bunda-bunda dan anak-anak je. Suami-suami semua dah pergi kerja.
Selesai je pasang khemah...hujan turun dengan lebatnya. Time ni kami betulkan flysheet sebab ada air bertakung..dlm keadaan hujan lebat tu...jiran-jiran bantu kami betulkan flysheet. Anak-anak semua duduk dalam khemah.
Masa ni hujan dah reda...bunda irene dah ready nak masak steamboat...plan asal kami nak buat bbq tp bila hujan dan kami kesejukan...steamboat la yg sesuai kan
ni la menu dinner kami malam pertama
Hari Kedua
Breakfast kami pagi tu jagung rebus, cucur kentang, nuget goreng, kopi dan hot coklat/milo untuk anak-anak
Menu Lunch ayam, udang dan ikan bakar..sayur kangkung dan sambal belacan
Malam ada sesi pembinaan dari habib untuk anak-anak remaja