Tahun ni, nini dah masuk tahun 1. Mula la kami ajar dia menyimpan/menabung secara serius. Bulan pertama alhamdulillah...kira berjaya la. Bulan kedua plak tabungan nini merosot sebab dah mula terikut-ikut kawan-kawan shooping di B-shop kedai kat sekolah dia. Bulan ketiga pun sama. Masuk bulan keempat kami mula serius mendidik nini menguruskan duit yang dia dapat. Selalu pesan kat nini utk beli apa yg perlu sahaja.
Pada hujung minggu yg lalu ada kawan bercerita tentang tips pengurusan kewangan(6 jars money management system). Saya pun terfikir nak didik nini mengikut kaedah ni. Tapi bukan nini je...saya dan suami sekali.
Mengikut cereta kawan, kita boleh mulakan dgn sedikit, tujuannya utk menjadikan menabung itu satu habit pada kita. Mula-mula kita bahagikan duit yg kita ada kepada 6 tabung iaitu :
1) Financial Freedom Account (FFA) = 10%
-X boleh ambil/usik langsung duit dlm tabung ni, boleh ambil dividen je kalau kita laburkan
2)Long Term Savings For Spending (LTSS) = 20%
- Utk jangka masa panjang spt pendidikan anak, beli rumah, beli kereta dss
3) Necessities (NEC) = 50%
-tabung ni utk kegunaan harian kita
4)Education (EDU) = 10%
-utk pendidikan sendiri seperti nak bayar yuran utk mengikuti kursus @ ceramah
5)Play = 5%
-duit dlm tabung ni kena habiskanm, tujuannya supaya kita seronok dan x stress
6)Give = 5%
-tabung utk membeli hadiah, cenderahati
Semoga usaha utk mendidik diri sendiri, suami dan anak-anak utk menabung/menyimpan akan berjaya...amin
Terima kasih kepada kawan-kawan yang share info ini pada saya