Selasa, 8 April 2014

Cuti Sekolah...bawa family balik kampung (Sabah)

Cuti sekolah kali ni kami sekeluarga balik kampung kat Sabah. Lama betul x balik Sabah...Seawal pukul 4.30pg pd 22.03.2014 kami memulakan perjalanan...
wajah-wajah ceria nak balik sabah
Dalam pukul 5.30pg kami dah sampai kt KLIA. Lepas check in kami terus bersarapan di KFC KLIA, sambil makan anak2 main di Taman Permainan kat situ. Flight kami pagi tu pukul 7.30pg dan kami sampai dekat KKIA pukul 10.05pg. Sampai kat sana kak Sah sekeluarga, kak adi sekeluarga dan adik ipar sudah sedia menunggu kedatangan kami.
Dari KKIA kami bertolak ke kampung dan sampai di rumah dalam pukul 1.00ptg. Kami rehat dan makan tengahari...kira petang la. Selepas makan habib dan zidane ke pekan menaiki basikal...selepas 30 minit kedengaran suara zidane menangis, rupa-rupanya kaki zidane tercedera...kami segera membawa zidane ke klinik kecemasan kt pekan. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan, berlaku luka dalaman dan dia sarankan kami ke Hospital Kuala Penyu utk melakukan x-ray. Sedih hati melihat anak menangis kesakitan...doa saya ketika itu moga x de apa2 berlaku.
Setelah Pegawai Perubatan selesai menulis surat rujukan dan berhubung dgn pihak Hospital Kuala Penyu, kami pergi mencari basikal yg habib tinggalkan...lepas tu kami terus ke Hospital Kuala Penyu. Sampai di Hospital Kuala Penyu, menunggu sebentar sebelum mereka membuat persediaan utk melakukan x-ray. Keputusan x-ray menunjukkan tulang kaki zidane patah...kami macam tak percaya sampai jadi macam ni kat zidane. Habib rasa bersalah...terus minta maaf kat zidane.
kaki bengkak
proses menyimen

tunggu simen kering







Balik kampung kali ni kami hanya duduk di rumah...x boleh nak jalan2. X pe la, lain kali kita jalan-jalan plak. Yg penting semoga zidane cepat sembuh. Pada 27.03.2014, kami telah bertolak balik ke putrajaya. Selamat tinggal Sabah, kami akan datang lagi raya nanti.

Gambar Masa kat KKIA, nak balik dah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020