Tips Parenting Prihatin 9: Tangani masalah anak "On the spot"!
Setiap anak pasti akan melakukan kesilapan dan kenakalan. Anak yang besar, anak yang kecil, sama sahaja.
Cuma bentuk kenakalan dan kesalahan mereka sahaja yang berbeza. Kali
ini kami bawakan satu parenting tips yang mudah dan sesuai untuk
menangani anak-anak kecil yang nakal.
Sebaik sahaja kita berjaya menangkap anak kita melakukan kesilapan, apa
yang kita perlu buat? Tegur on the spot! Ini adalah mekanisma mendidik
anak tentang “do and don't s” dan “damage control”. Ia mengajar anak
tentang “rules and regulations, boundary and limitation” sejak bayi
lagi.
Mari kita lihat contoh ini.
Kita lihat anak kita
yang berumur tiga tahun mencubit adiknya yang masih kecil. Apa yang
perlu dibuat? Terus tegur dan hukum mereka? ataupun tunggu ayahnya balik
dan kemudian laporkan kepada ayahnya untuk diambil tindakan?
Tindakan pertama akan segera menghentikan perlakuan mencubit adik itu,
dan memberikan mesej kepada anak bahawa apa yang dilakukannya itu salah.
Tindakan kedua akan menghimpunkan kesemua kesalahan anak yang telah
dihukum pada hari itu, dan ditegur/dihukum kesemuanya pada malam hari.
Anak-anak kecil terutamanya yang belum bersekolah banyak melakukan
kesilapan dan kenakalan setiap hari. Ini disebabkan oleh sifat mereka
yang suka mencuba, suka mengikut-ikut apa yang mereka lihat, serta masih
tidak tahu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ada yang mereka
lakukan itu baik, dan pasti juga ada banyak yang salah. Selain itu,
memang sifat anak-anak kecil ini tidak mampu untuk mengingati kesemua
yang mereka lakukan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga
masih keliru dengan masa.
Oleh itu, setiap kali kita mendapati
anak kita melakukan sesuatu kesalahan, maka perlulah kita menegur mereka
pada ketika itu juga, ketika ditangkap melakukan kesalahan tersebut.
Jika kesalahan itu besar atau berulang dan perlu dihukum, hukumlah
mereka pada ketika itu juga. Rotan, ketuk ketampi, time frame, atau
apa-apa hukuman yang bersesuaian. Berbanding dengan menghimpunkan
kesemua kesalahan yang mereka telah lakukan dalam tempoh sehari, dan
dinasihati/dihukum pada penghujung hari, kaedah ini adalah kurang
berkesan berbanding tegur on the spot. Mengapa?
Pertama, daya
ingatan anak-anak. Jika ditegur dan dihukum on the spot, mereka masih
ingat lagi dengan jelas apa yang telah mereka lakukan. Pada waktu itu
juga mereka tahu apa yang telah dibuat itu salah. Mereka mungkin telah
pun lupa pada apa yang telah mereka lakukan jika tidak ditegur "on the
spot".
Kedua, terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan
dalam satu-satu hari. Setelah ditegur/dihukum on the spot, mereka akan
tahu untuk kesilapan yang mana mereka ditegur/dihukum. Sebaliknya,
mereka akan keliru dan mungkin tidak tahu daripada banyak perkara yang
telah mereka lakukan pada hari tu, atas kesalahan manakah mereka ditegur
dan dihukum itu. Itu tidak termasuk kerusakan dan kerugian akibat
kenakalan mereka yang juga bertimbun. Ingat, biasanya satu kesalahan
yang kita tangkap “red handed” ada 10 lagi yang tidak kita ketahui.
Ketiga, dengan menegur on the spot, mereka akan segera menghentikan
kesalahan yang telah mereka lakukan itu dan tidak mengulanginya lagi.
Penting untuk menghentikannya segera berbanding dengan menghentikan
sesuatu yang telah terbiasa kerana telah berulang kali dilakukan.
Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui
pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas
meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari
depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik
tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah
berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.
Warga
Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan
kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak.
Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita
nampak mereka melakukan kesalahan.
Kudap kudap
WARGA PRIHATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan