Rabu, 25 Mei 2016

Holiday at Port Dickson 3D2N -Last Day 15/05/2016

Assalammualaikum...
Cerita hari terakhir percutian kami...pagi-pagi macam kelmarin jugak la, anak-anak mandi kolam. Mandi sepuas-puasnya sebelum check out.
Dah puas mandi kolam, kami naik dan bersiap utk check out...kalau ikut check out pukul 12.00 tapi kami check out awal. 




 Sebelum balik Putrajaya, kami singgah makan di Nasi Kukus Ayam Panggang, Cowboy Place. Tempat makan yang habib paling suka kat Port Dickson ni, setiap kali ke Port Dickson...mesti nak singgah makan atau bungkus ayam panggang. 

Tamat la percutian kami di Port Dickson. Lepas ni habib suruh try mohon Rumah Persekutuan Port Dickson Blok Lama pulak...insyaallah ada rezeki lebih kami datang lagi

Related images:
Images may be subject to copyright.Send feedback
JJCM IKAN BAKAR PORT DICKSON | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
kirana24.blogspot.com500 × 375Search by image
utk lebih eksklusif..boleh la cuba makan di D'terapung...dikelilingi air

Images may be subject to copyright.Send feedback

Holiday at Port Dickson 3D2N -Second Day 14/05/2016

Assalammualaikum
Cerita hari kedua di Port Dickson. Awal pagi anak-anak dah bangun dan bersiap nak mandi kolam. Maklumlah, kelmarin x dapat mandi kolam. Kolam boleh masuk pukul 7.00pg...sebelum mandi bagi anak-anak breakfast dulu, ala kadar je...air milo dan roti...tu pun paksa diorang makan sebab terlalu excited sampai x lalu nak makan.


Duduk dalam kolam ni dlm 3 jam lebih...kira-kira pukul 10.30pg baru naik dan bersiap utk keluar. Sebelum naik bilik...sempat lagi minum dan beli ais krim kat tepi kolam tu.

PD Ostrich Showfarm adalah destinasi yang kami pilih utk jalan-jalan di Port Dickson ni. Anak-anak memang suka dengan binatang/haiwan ni biarpun ada yg takut. Mana x takutnya, Ostrich nya terlampau jinak...tiba-tiba je ada kat sebelah kita, mahu x terkejut...haha








Destinasi yang seterusnya utk hari ni ialah Muzium Tentera Darat. Tempat ni best tapi anak2 takut sebab muziumnya gelap...sampai diorang tak sabar-sabar nak keluar.


 Keluar dari muzium kami terus plan nak lunch. Utk lunch kami makan asam pedas di Restoran  Asam Pedas Kasih Ibu.
Perut dah kenyang, badan pun dah keletihan...so kami balik resort rehat jap. Sebelah petang kami bawa anak mandi pantai sekitar resort tapi sekejap je berendam kt pantai, terus masuk kolam...



Malam kami tak keluar...duduk resort je. Bagi anak-anak buat latihan sikit...minggu depan nak exam. Utk makan malam, habib beli bungkus je kt gerai yg berdekatan. Kebetulan malam tu ada perlawanan bola, habib nak tengok bola la. Tapi kt dalam bilik tak boleh tengok so habib keluar tengok bola...tengok kat lobi resort. Nasib baik pengurusan resort ni memahami customer...kalau x terpaksa cari kedai mamak, dah la hujan lebat. Anak-anak buat latihan sekejap je...mungkin keletihan, masing-masing tidur awal

Rabu, 18 Mei 2016

Holiday at Port Dickson 3D2N - Firstday 13/05/2016

Assalammualaikum

Lokasi percutian kami sekeluarga kali ni ialah Port Dickson. Kira ni first holiday for this year la...kali pertama jgak kami bermalam di Port Dickson...kami menginap di Puteri Beach Resort iaitu salah satu Rumah Peranginan Persekutuan utk kakitangan awam. Alhamdulillah rezeki kami kali ni...bukan senang nak dapat sebab terhad, siapa cepat dia dapat la.

Apartment 1 Bilik
Bilik

Dapur
Ruang Tamu

Apartment ni cukup luas dan selesa...berdekatan dgn pantai dan yg penting ada kolam renang. Tapi kami check in pukul 6.30ptg, so petang tu x boleh mandi kolam, sekadar ronda2 keliling je la
pemdangan dari bilik


Duduk sekejap je kt bawah...lepas tu naik atas balik siapkan diri nak pergi dinner, kami x dapat voucer makan so makan kt luar la. Utk dinner kami ke King's Char Kuey Teow. Dinner kami utk malam ni ialah char kue teow utk anak-anak, nasi putih, ikan pari bakar dan sambal udang utk saya dan suami serta wedges sebagai makanan sampingan. Gabungan ikan bakar dan sambal udang memang sempurna dan sedap...char kuey teow plak memang sesuai utk anak-anak sebab rasa manis dan tak pedas.

 

 Alhamdulillah dah kenyang...kita balik tidur dulu, esok kena bangun awal nak mandi kolam.















Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020