Rabu, 25 Mei 2016

Holiday at Port Dickson 3D2N -Second Day 14/05/2016

Assalammualaikum
Cerita hari kedua di Port Dickson. Awal pagi anak-anak dah bangun dan bersiap nak mandi kolam. Maklumlah, kelmarin x dapat mandi kolam. Kolam boleh masuk pukul 7.00pg...sebelum mandi bagi anak-anak breakfast dulu, ala kadar je...air milo dan roti...tu pun paksa diorang makan sebab terlalu excited sampai x lalu nak makan.


Duduk dalam kolam ni dlm 3 jam lebih...kira-kira pukul 10.30pg baru naik dan bersiap utk keluar. Sebelum naik bilik...sempat lagi minum dan beli ais krim kat tepi kolam tu.

PD Ostrich Showfarm adalah destinasi yang kami pilih utk jalan-jalan di Port Dickson ni. Anak-anak memang suka dengan binatang/haiwan ni biarpun ada yg takut. Mana x takutnya, Ostrich nya terlampau jinak...tiba-tiba je ada kat sebelah kita, mahu x terkejut...haha








Destinasi yang seterusnya utk hari ni ialah Muzium Tentera Darat. Tempat ni best tapi anak2 takut sebab muziumnya gelap...sampai diorang tak sabar-sabar nak keluar.


 Keluar dari muzium kami terus plan nak lunch. Utk lunch kami makan asam pedas di Restoran  Asam Pedas Kasih Ibu.
Perut dah kenyang, badan pun dah keletihan...so kami balik resort rehat jap. Sebelah petang kami bawa anak mandi pantai sekitar resort tapi sekejap je berendam kt pantai, terus masuk kolam...



Malam kami tak keluar...duduk resort je. Bagi anak-anak buat latihan sikit...minggu depan nak exam. Utk makan malam, habib beli bungkus je kt gerai yg berdekatan. Kebetulan malam tu ada perlawanan bola, habib nak tengok bola la. Tapi kt dalam bilik tak boleh tengok so habib keluar tengok bola...tengok kat lobi resort. Nasib baik pengurusan resort ni memahami customer...kalau x terpaksa cari kedai mamak, dah la hujan lebat. Anak-anak buat latihan sekejap je...mungkin keletihan, masing-masing tidur awal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020