Ahad, 4 November 2018

Tahniah PJFC...Tahniah Hero Mama

Assalammualaikum
Hari ni tournament kedua sejak Idan menyertai PJFC. Tournament kali ni berlangsung di UPM Serdang. Tapi kali ni mama x dapat tengok hero mama ni beraksi atas padang macam tournament yg first buka lepas sebab habib kerja.
Tapi x pe...doa mama sentiasa mengiringi langkahmu. Group wasap parent pun ramai yg share perkembangan semasa di sana. Alhamdulillah, naib johan uU10... tahniah anak-anak PJFC dan coach yg banyak beri tunjuk ajar.








Sabtu, 3 November 2018

Sambutan Hari Kanak-kanak

Assalammualaikum
Setiap tahun sekolah akan menyambut hari-hari kanak-kanak. Tahun ni bertemakan Perpaduan. Semua guru-guru dan pelajar digalakkan memakai pakaian dari kaum lain. So, Nini decide nak pakai baju kaum India, Idan plak blurrr...x tau nak pakai baju apa.
Habib balik dari kerja, mereka terus bercereta utk sambutan hari kanak-kanak kena pakai baju dari kaum lain. Habib cadangkan pakai baju kaum kadazan dan minta kak long jahitkan. Nasib baik kak long setuju nak buatkan.


Dah sampai...cepat je kak long buat. Paling best, tempah utk 2 dapat 3...kak long buatkan sekali utk Wida. Nasib baik...kalau x wida pakai baju kurung. Ingatkan prasekolah x terlibat sebab dapat info pun lambat. Sampai je...masing-masing tak sabar nak try...yg perempuan la. Lelaki x kisah sangat.
02 Nov 2018- Hari yang dinantikan telah tiba









Pelbagai gaya dari mereka. Gambar ni selepas balik dari sekolah

Alhamdulillah sampai juga -Restoran Maggie Ketam Power

Assalammualaikum

Dah lama teringin nak pergi restoran ni. Asyik tengok owner dia update dalam fb...lama-kelamaan diri ini teringin. Bab makan memang pantang tengok...mesti teringin. Nasib baiklah dapat suami yang suka melayan kehendaknya isterinya.


Sementara tunggu habib bersiap kami selfie dulu. Lepas selfie tukar tudung sarung je sebab shawl ni hanna dari tarik2...
Sampai Puchong hujan ranyai-ranyai...

Menu Restoran Maggie Ketam Power

Menu pilihan kami...habib meggi urat kering, Idan chicken chop, sufya udang goreng tepung yg tengah viral tu...padan viral sebab sedap...Ana(adik ipar) kuew tiew goreng, suami dia nasi goreng USA dan saya set ikan siakap sweet &sour...kongsi dengan anak. Memang sedap dan terbaiklah...berbaloi datang sini. Asbab sedap...x sempat tangkap gambar. Saya ambil gambar dari fb restoran maggie ketam power je.
Ni set yg mama makan tu...murah je tau...ikan siakap tu rm15 je...free 2 nasi, 2 sup dan ulam. Habib kata dia x nampak pun set ni dalam menu...saya kata nampak set ni dalam fb owner restoran ni.

Alamat restoran ni, kot la nak cari...Restoran Maggie Ketam Power, Lot 234, Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, 47100 Puchong, Selangor. Restoran ni mula buka pukul 12.00ptg-12.00pagi.



Khamis, 1 November 2018

Persediaan sebelum ujian PAP SMEAR

Assalammualaikum
Kali ni teringin nak menulis/menaip persediaan sebelum ujian pap smear. Bukan apa, takut lupa...so simpan kat sini. Al-maklumlah...makin dewasa makin menjadi-jadi pelupa ni.

Bulan Disember 2018 temujanji utk melakukan ujian pap smear. Dah lama x buat...asyik lupa je...dulu buat setahun sekali tapi selepas nurse kata " kalau keputusan ujian -ve, tak perlu buat setiap tahun selepas ni". Sejak tu dah tak buat. Sekarang nak buat balik pun ngeri...takut pun ada. Tapi nak buat macam mana, lepas bersalin hari tu...semua doktor pesan, lepas ni kena buat ujian pap smear. Pergi klinik untuk family planning...pun nurse nak suruh buat pap smear. Redha je la...untuk kebaikan diri sendiri juga kan. 

Pesanan nurse sebelum melakukan ujian pap smear;
i. Malam sebelumnya jangan bersama dengan suami
ii. Sehari/dua hari sebelum...sebaiknya dua hari, jangan membasuh alat sulit menggunakan apa-apa pencuci
iii. Tak period. Kalau selepas period...pastikan hari nak buat tu dah hari ke-13.
 Kalau period beberapa hari awal sebelum tamujanji, kena call klinik untuk tukar tamujanji(pesanan tambahan dari nurse yg bertugas)

Akhir sekali...pesanan utk diri sendiri...buat jangan tak buat pap smear tu
1


Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020