Assalammualaikum
Kali ni teringin nak menulis/menaip persediaan sebelum ujian pap smear. Bukan apa, takut lupa...so simpan kat sini. Al-maklumlah...makin dewasa makin menjadi-jadi pelupa ni.
Bulan Disember 2018 temujanji utk melakukan ujian pap smear. Dah lama x buat...asyik lupa je...dulu buat setahun sekali tapi selepas nurse kata " kalau keputusan ujian -ve, tak perlu buat setiap tahun selepas ni". Sejak tu dah tak buat. Sekarang nak buat balik pun ngeri...takut pun ada. Tapi nak buat macam mana, lepas bersalin hari tu...semua doktor pesan, lepas ni kena buat ujian pap smear. Pergi klinik untuk family planning...pun nurse nak suruh buat pap smear. Redha je la...untuk kebaikan diri sendiri juga kan.
Pesanan nurse sebelum melakukan ujian pap smear;
i. Malam sebelumnya jangan bersama dengan suami
ii. Sehari/dua hari sebelum...sebaiknya dua hari, jangan membasuh alat sulit menggunakan apa-apa pencuci
iii. Tak period. Kalau selepas period...pastikan hari nak buat tu dah hari ke-13.
Kalau period beberapa hari awal sebelum tamujanji, kena call klinik untuk tukar tamujanji(pesanan tambahan dari nurse yg bertugas)
Akhir sekali...pesanan utk diri sendiri...buat jangan tak buat pap smear tu
1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan