Assalammualaikum...
Setelah beberapa hari berada di negeri kelahiran...14 Januari 2019 dah nak ke kena balik...sedih sebab macam tak puas duduk kampung tapi tetap bersykur sebab dapat balik kampung dan bawa keluarga berjalan...
Bangun awal pagi untuk siapkan beg dan bersiap...dengan harapan sempatlah naik feri pagi tapi hampa. Feri paling awal pukul 6.30pagi...seterusnya pukul 10.00pagi. Kalau hari selasa - sabtu ada feri pukul dalam pukul 8.00pagi. Terpaksalah naik bot laju...tambang bot laju ni Rm9.70 seorang termasuk tax, So..rm9.70 x 5 = Rm48.50
Sampai di Jeti Labuan...Feri baru nak gerak dari Labuan ke Menumbok
Sampai di Labuan, kami masuk kedai coklat dulu...anak-anak nak memborong coklat katanya...Selesai memborong coklat...dapat sms sahabat saya dua orang ni dah nak sampai jeti...huhu...ingatkan diorang x de datang. Habib kata kenapa tak cakap diorang datang...nasib baik tak ambil teksi lagi...sebenarnya saya pun tak tahu diorang nak datang...Allah izinkan kami berjumpa dan bersembang lama sikit kali ni...Alhamdulillah
Lama juga dapat besembang dengan sahabat berdua ni. Lepas diorang hantar kami ke Airport. Terima kasih tak terhingga buat sahabat iaitu Sal dan Lynn...
Sampai airport...tak ramai orang lagi time ni...kapal airasia pun tak nampak lagi. Menunggu di airport pula. Flight kami pukul 12.00tghari dan sampai di KLIA2 pukul 3.35ptg...Sampai di KLIA kami naik ERL Transit ke Putrajaya. Tambang ERL Rm9.40 untuk dewasa dan Rm4.20 untuk kanak-kanak..
Masa naik ERL ni memang ramai orang...tapi kebetulan jumpa insan yg prihatin bagi kami kerusi. Sampai Putrajaya kami naik kereta yg ditinggalkan di tempat letak kereta Putrajaya Sentral...Alhamdulillah sampai rumah...Satu perjalanan balik kampung yang memberi pengalaman yang bermakna untuk kami anak-beranak sebab naik semua pengangkutan dari Laut, Udara dan Darat.