Selasa, 22 Januari 2019

Gambar dan Itenery Perjalanan Balik Kampung Halaman


Assalammualaikum

Lama betul tak balik kampung halaman. Sejak berkahwin memang balik Sabah setahun sekali sahaja. Tapi utk tahun 2019, kami usaha utk balik sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Kebetulan hujung tahun 2018, air asia ada buat jualan tambang murah utk perjalanan awal tahun 2019, so kami grab la utk balik 10.01.19(khamis) sehingga 14.01.19(isnin). Dah lama x balik kampung...excited lain macam...pukul 3.00pagi dah bangun untuk bersiap...almaklumlah anak dah 4, so ambik masa yg lama. Pukul 4.30pagi kami dah gerak ke Putrajaya Sentral. Nak naik train pukul 4.50pagi...sebenarnya kami dah ada boarding pass, so x perlu tergesa-gesa tapi first time naik airasia...kena pergi awal senang. 

Muka hanna lapar...

Dah kenyang...rileks je


Kami berempat duduk sebaris...habib dan idan duduk belakang sikit. Jauh dari kami...nak jimat kan, macam ni la. Kalau nak duduk dekat-dekat kena charge lain






Masa pergi ni flight kami pukul 7.40pagi...sebelum berlepas tu kami bersarapan dulu di Texas Chicken. Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit...kami sampai Labuan 11.10pagi. Sampai je airport je...my bff iaitu Sal dan Lynn dah ready menunggu. Perkara pertama yang perlu kami ketahui ialah jadual pelayaran feri ke Menumbok. Sal terus bawa kami ke terminal feri...feri seterusnya pukul 12.00tengahari. X sempat nak lepak dgn diorang...kebetulan sal pun kena ambil anak sekolah tengahari tu. Lepas je sal drop kami, habib terus cari kedai makan..nak tapau makan kat dalam feri. 


sal dan lynn


Naik feri ke Menumbok pukul 12.00t/hari dan sampai ke jeti Menumbok 1.40ptg...Sampai kat jeti, adik dah sedia menunggu...sampai rumah pukul 2.00petang...Alhamdulillah sampai di rumahku syurgaku

Kos Perjalanan
Tiket Flight AirAsia (KL-Labuan)
 Rm84.99 X 2 = Rm169.98 (Dewasa)
Rm84.99 X 3 = Rm254.97 (Kanak-kanak)
Rm55.00 untuk baby
Total utk flight = Rm479.95

Tiket Feri(Labuan-Menumbok)
Rm2.50 x 5 =Rm12.50






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020