Isnin, 1 Februari 2021

Lain Dirancang...lain yang jadi

 Assalamualaikum

kita selalu dengar "kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan"....tu yang terjadi dekat kami masa ni. Plan asal nak pergi Perak melawat adik ipar yang baru lepas bersalin tapi....x kesampaian...x pe la...Allah dah aturkan yang terbaik 















Akhirnya kami tukar plan ke Pantai Bagan Lalang....

   


Tak sangka boleh jumpa kawan lama kat sini iaitu kak eja...biarpun sama-sama tinggal kat Putrajaya tapi susah juga nak jumpa









Seronok budak-budak ni main kat pantai walaupun sekejap...
Masa nak balik tu kak eja ajak p morib sebab diorang menyewa rumah perangin persekutuan kat situ...nasib baik habib boleh dipujuk masa ni...





Bersteamboat kami kat luar ni...makan panas-panas sambil menghirup udara segar...bestnya...first time datang sini...lain kali boleh lah plan bermalam kat sini plak...Terima kasih kak eja sekeluarga layan kami dengan baik setiap kali jumpa


Perjalanan Dari Kampung 2020

 Assalamualaikum

Hujung tahun lepas kami sempat balik kampung menjeguk ayah...walaupun sekejap tapi cukup bermakna bagi kami. Apatah lagi zaman covid ni...lepas ni x tahu lagi bila boleh balik. Memandangkan kes baru makin mencanak sekarang...harapan utk balik raya cina ni makin berkubur.







Dia letih layan jalan jammed


Singgah makan malam kat Perak...nama tempat dah lupa la plak. Masa ni dah x lalu highway...ikut jalan kampung/lama je. Sambil makan...pemandu bleh rehat sekejap...

















Suka plak dia buat muka macam tu...seronok kot tengok 
Kami teruskan perjalanan balik...kami semua terlena sebab kenyang kot...sedar-sedar je dah sampai..masa tu dah pukul 2 pagi...huhu...ada masa beberapa jam lagi nak pergu kerja Semoga virus covid ni cepat pergi dari muka bumi ni...rindu dah nak balik kampung


Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020