Assalamualaikum
kita selalu dengar "kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan"....tu yang terjadi dekat kami masa ni. Plan asal nak pergi Perak melawat adik ipar yang baru lepas bersalin tapi....x kesampaian...x pe la...Allah dah aturkan yang terbaik
Akhirnya kami tukar plan ke Pantai Bagan Lalang....
Tak sangka boleh jumpa kawan lama kat sini iaitu kak eja...biarpun sama-sama tinggal kat Putrajaya tapi susah juga nak jumpa
Seronok budak-budak ni main kat pantai walaupun sekejap...
Masa nak balik tu kak eja ajak p morib sebab diorang menyewa rumah perangin persekutuan kat situ...nasib baik habib boleh dipujuk masa ni...
Bersteamboat kami kat luar ni...makan panas-panas sambil menghirup udara segar...bestnya...first time datang sini...lain kali boleh lah plan bermalam kat sini plak...Terima kasih kak eja sekeluarga layan kami dengan baik setiap kali jumpa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan