Isnin, 24 Ogos 2020

Bawa Family Jalan-jalan - 01 Ogos 2020

 Assalammualaikum

Sempena raya haji tahun ni(31 Julai 2020), kami buat kenduri arwah ala PKPP. Macam mana tu? Masak dan panggil orang yang baca doa ke rumah. Selesai baca doa...kita agihkan makanan ke rumah-rumah. Memang terasa lain tapi yang penting kita buat untuk arwah bapa dan ikut SOP untuk keselamatan semua.

Keesokkannya...kita bawa semua jalan-jalan. Plan nak melawat nenek laki yang sakit tapi risau la plak...musim virus ni. Kita jalan-jalan cari pantai. Teringin nak ke Pantai Tampurung...sampai sana...Ya Allah ramainya orang...risau x boleh jaga penjarakan sosial kami tukar ke pantai lain. Nasib baik...Sabah banyak pantai. Kita ke Pantai Pimping, Membakut Sabah. 







Ni gambar Lam(adik) dengan anak-anaknya








Ni plak kak long dan faiq

My lovely mama

Ni aktivit kejar ketam






Aktiviti apa ni???kaki masuk dalam pasir




Pertama dan terakhir berdiri sama tinggi dengan habib




Suka sungguh Hanna main air dan pasir...terjatuh banyak kali di lambung ombak...tetap teruskan main



















































Jelas terpancar kecerian dan keriangan anak-anak ribena






Dah lepas mandi baru masing-masing cari makanan. Masa ni kak long dah balik KK. Dalam perjalanan balik singgah di Kuala Penyu jumpa kak adi(kakak angkat) sekeluarga.






Alhamdulillah untuk kali ini...jom balik. Nak kemas baju plak, esok dah nak balik ke Putrajaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020