Selasa, 10 Jun 2014

Alwida kena ekzema

salam 1Malaysia,

sblm ni aku sllu dgr pasal anak orang kena ekzema. Tak pernah terlintas di fikiran bhw anak ku akan terkena penyakit ini. Beberapa hari selepas anak yang ke-3 lahir, aku perasaan ada kerak dkt kepalanya. Masa tu aku x tau bhw itu adalah tanda2 awal ekzema...slps beberapa bln, muncul  tompok2 merah di muka & dada puteriku. aku ingat tu hanya ruam2 biasa. Ada orang kata tompok merah kat pipi alwida ku adalah kurap susu. Masa tu aku gunakan rumpai laut...dia kering tp x sembuh sepenuhnya.

Masa aku di mydin, ada seorang kakak tegur kulit alwida. Dia menasihati aku menggunakan hazeline snow sbb sblum ni anak lelakinya menghidap penyakit yang sama bahkan lg teruk. Alhamdulillah tompok2 merah tu hilang...tp beberapa minggu selepas itu tompok merah tu muncul lagi bahkan bertambah plak ke bahagian lain spt leher dan pelipat tangannya. Tiap2 mlm puteriku menangis dan tidur x lena mcm baby lain.
Sedihnya melihat alwida mcm tu tiap mlm, suamiku bawa puteriku ke klinik utk mendapatkan rawatan. Sblm ni, masa lawatan blnn ke klinik aku pnah bertanya kpd nurse mslh kulit alwida...nurse tu kata ni adalah kurap susu je. so anggap ni biasa je...

Masa jumpa doktor, doktor cuma cakap ni kena bubuh cream je. Dia bagi krim pelembab dan krim utk hilangkan gatal. Macam biasa...mula2 hilang pastu datang lagi. Tapi aku dan suami x pnah putus asa. Aku dapatkan maklumat tentang penyakit ini kat internet, mcm2 pengalaman orang tentang ekzema ku baca dlm blog2 mereka.




Bermacam-macam ubat, krim, losyen kami gunakan. Akhirnya ekzema kat  badan alwida semakin hilang setelah kami bagi dia makan omega guard shaklee dan mealshake utk bahagian dalaman, luaran plak kami bubuh krim yg kak timah(ofismate)  bagi . Tapi menurut jururawat kat klinik kesihatan, ekzema adalah penyakit berulang dan dia x kan sembuh sepenuhnya, ia sama spt penyakit asma. So kena bersiap sedia...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020