Isnin, 14 Disember 2015

Gambar Kenangan

Gambar kenangan...







Gambar kenangan unit cek BPP...tahun 2016 akan bertukar pengurusan dan unit pun akan bertukar nama dan kakitangan sekali

Buat Donut utk anak-anak

Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Awal pagi ahad ni x tahu nak buat sarapan apa utk anak-anak. Tiba- tiba terfikir nak buat donut, dah lama x buat utk anak2. Sementera anak-anak masih tidur, elok buat tapi x ingat resipi plak...hehe..mr google kan ada. Cari punya cari...jumpa resipi yg mudah dari ResipiBonda, saya simpan resipi ni kt blog saya utk memudahkan saya bila perlu.



Resipi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Saya buat doh sahaja...yg bentuk jadi donut adalah anak-anak
celup coklat

gula halus





Donut ni memang betul-betul lembut dan gebu. Terima kasih kepada tuan punya resipi kerana berkongsi resipi ni


 

Ahad, 13 Disember 2015

Hantar Mama sambil jalan-jalan di KLIA2


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pada 12.12.2015 adalah hari mama dan sharin balik kampung...so awal2 pagi lagi kami dah gerak ke KLIA2 sebab flight diorang pukul 7.40pg. Sampai KLIA2 terus cari kiosk airasia utk check in...nak check in guna kiosk ni senang je...pas tu kena cari kaunter utk check in bagasi plak. Kami cuma ambil bagasi utk 15kg...bila timbang bagasi tu, alamak dah 16.5kg la, terlebih sudah...utk 1kg yg terlebih tu kami kena charge rm37.90, mahalnya...nasib baik la kena byar kt kaunter lain. Sebelum pergi kaunter tu, habib suruh keluarkan barang...agak2 bleh kurang 1kg tu...x berbaloi nak bayar rm37.90 utk 1kg. Alhamdulillah, bila timbang balik mmg kurang 1kg...yahooo x perlu bayar

Selesai semua, kami sarapan di McDonalds...sementera nak tunggu giliran, saya suruh zidane ambil gambar dengan neneknya, ialah gambar terakhir sebelum mama balik kampung. Harapan saya masa tu, zidane ambil banyak gambar neneknya tapi dia ambil sekeping je...tu pun...tengok la gambar kat bawah ni

sharin dan mama
Boleh la...dari x de langsung kan, masa makan memang x sempat nak ambil gambar sebab kena makan cepat jam dah menunjuk pukul 7.10pg. Dalam pukul 7.15pg, sharin dah ajak masuk...takut x sempat sebab pintu pelepasan tu jauh. Saya memang x de pengalaman naik flight kat KLIA2.

Akhirnya mama balik kampung jua...kali ni balik lama, mungkin dia ada datang melawat kami, lagipun banyak baju yg dia tinggal..harap2 dia sudi datang lagi. Selesai semua kami pergi ke sebelah McDonalds utk tengok kapal terbang berlepas...









Dah puas tengok flight berlepas...kami berjalan balik menuju ke parking...sepanjang perjalanan tu boleh kira jalan-jalan dan cuci mata sebab KLIA2 ni memang besar. Oleh kerana nak sambut krismas, so tema KLIA2 ialah ala-ala krismas la...seronok anak2 bergambar

Alwida x nak ambil gambar sebab takut santa tu bergerak dan nyanyi








 




Dah puas anak-anak bergambar...perjalanan diteruskan balik rumah


Ahad, 6 Disember 2015

Strawberry Coklat



tapi budak ni makan coklat je




sarapan pagi hujung minggu kami...strawberry coklat. Terasa nak pergi cameron highlands pula...kalau ada rezeki...insyaallah..

BIRTHDAY NINI..8 YEARS

Hari ni 07.12.2015 genaplah umur nini 8 tahun...Selamat Hari Lahir Nini, semoga jadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat, sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjang umur...aminnn

Tapi sambutannya dilakukan awal sehari...alasannya mama keja. Takpe lah...yg penting besday girl gambira...kek harijadi ni permintaan Nini sendiri iaitu kek kukus coklat iaitu kek ni kami buat bersama












sambutan yg ringkas...tapi seronok buat anak-anak




Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020