Rabu, 2 Disember 2015

Bestnya JaLan-jalan di Aquaria KLCC

Akhirnya kami tunaikan impian anak-anak utk ke Aquaria KLCC pd 29.11.2015. Sebenarnya baucer utk tiket dah beli lama...beli kt sekolah nini masa pihak Aquaria datang buat promosi. Time ni..harga yg ditawarkan Rm16.00 seorang utk dewasa dan kanak2. Utk tiket kami 3 dewasa 3 kanak2 ialah RM96 sahaja...alhamdulillah rezeki anak-anak. Harga tiket sebenar RM46.00 utk dewasa dan RM35 utk kanak-kanak.
Nini memang teringin nak pergi sangat sebab kawan-kawan dia asyik bercereta...so ni kira reward utk nini jugak sebab berusaha utk memperbaiki result exam akhir tahun. Tahniah nini dari mama dan ayah.
Tapi kami pergi ramai...2 family..nak bagi meriah dan keseronokan berganda buat anak-anak. Memang betul2 happy anak-anak jumpa sepupu2 mereka...



kuda laut

ubur-ubur









 






























kat dalam Aquaria ni...ada photografer yg akan ambil gambar. So gambar tu boleh beli kat kaunter dengan bayaran  1 keping RM64.00...2 keping RM100.00. Tapi kami tak beli pun...

Alhamdulillah...semuanya teruja, seronok dan memang berbaloi pergi Aquaria ni. Dan mungkin ni jalan-jalan terakhir bersama mama sebab lepas ni mama nak balik dan duduk kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020