Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Awal pagi ahad ni x tahu nak buat sarapan apa utk anak-anak. Tiba- tiba terfikir nak buat donut, dah lama x buat utk anak2. Sementera anak-anak masih tidur, elok buat tapi x ingat resipi plak...hehe..mr google kan ada. Cari punya cari...jumpa resipi yg mudah dari ResipiBonda, saya simpan resipi ni kt blog saya utk memudahkan saya bila perlu.
Resipi Donut Lembut dan Gebu
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur,
air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Saya buat doh sahaja...yg bentuk jadi donut adalah anak-anak
celup coklat |
gula halus |
Donut ni memang betul-betul lembut dan gebu. Terima kasih kepada tuan punya resipi kerana berkongsi resipi ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan