Selasa, 21 Februari 2017

Ee Feng Gu Bee Farm & RPP CH

Setelah puas berjalan dan mencuci mata di Cameron Lavender, kami teruskan perjalanan ke Ee Feng Gu Bee Farm. Tapi kat dalam ni, kami pergi sekejap je sebab risau keselamatan diri dan anak-anak...
 










 Tak jauh dari Ee Feng Gu Bee Farm, ada Nova Highlands Resort and Residence yang baru di buka. Kat dalam ni kami masuk 7D Cinema utk menonton cereta kartun...memang best, satu pengalaman yang menyeronok dan mengujakan.




Dah tengahari...kami lunch di Kampung Sedia Ada tapi sebab ramai orang kot, nasi campur semua dah habis. X pe la...sejuk2 elok jugak makan yang panas-panas. Selesai lunch kami menuju ke tempat penginapan iaitu RPP Cameron Highlands. Dah penat jalan-jalan...masa untuk berehat sambil menunggu kawan kita yang belum sampai. Habib betul2 kepenatan...dia tertidur sampai petang. So, petang tu aktiviti kami anak beranak di sekitar RPP je la...nasib baik kat luar ada sepasang suami isteri yang jual hasil tanaman dan barangan Cameron. Disinilah kami shopping makanan ringan...pasangan suami isteri ni plak peramah orangnya dan mesra melayan karenah anak-anak. Sambil menunggu kak eja & family sampai kita ambil gambar dulu. Walaupun ini kali kedua menginap di sini, tetap rasa nak abadikan kenangan kat sini.









 Petang tu hujan dah mula turun tapi tak lebat la...Pada waktu malam hujan dah berhenti, so kami turun la ke pasar malam Brinchang, nak cari dinner dan strawberi. Tak lama kat pasar malam, tiba-tiba....hujan turun dgn lebatnya. Terkandas sekejap...disebabkan tiada tanda-tanda hujan nk berhenti, habib beli payung dan kami balik...sempat beli strawberi dan cenderahati untuk kawan2 anak je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020