Destinasi seterusnya ialah Muzium Marin Labuan. Kami follow je kereta depan(kereta lynn)...sebenarnya dekat je, Labuan kan kecil je
First time anak-anak tengok belangkas
Muzium Marin ni boleh kata ala-ala Aquaria KLCC tu la tapi kecil dan x byk ikan...berbaloi la sebab masuk free...
Keluar dari muzium, Lynn ajak pergi tempat ni...dah lupa nama apa. Tak jauh dari Muzium Marin, kami jalan kaki je. Tempat ni sesuai utk mereka yg suka selfie sebab memang cantik dan menarik lukisannya. Masa bateri hp pun dah low...sempat bergambar sikit je...layankan anak2
muka baby dah keletihan
Selesai bergambar ni terus balik ke jeti...nak naik feri balik ke Menumbok. Terima kasih lynn sekeluarga kerana melayan dan bawa kami jalan2...Walau sekejap jumpa tapi cukup bermakna buat diri ini. Lepas ni x tau lagi bila kita boleh jumpa. Selamat tinggal lynn...dan insyaAllah kita jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan