Ahad, 21 Mei 2017

Cari Bunga Sakura...Jumpa Muzium Kota Kuala Kedah

Assalammualaikum
Cuti sekolah kali ni bulan mac kami balik kampung...macam tahun lepas, berlaku musim bunga di sekitar Kuala Kedah dan Alor Setar, seakan-akan musim bunga sakura di Jepun. So tahun ni memang teringin sangat nak tengok bunga tu...macam cantik je orang viralkan kat facebook.

Pada 20 Mac 2017 ajak habib dan anak-anak pergi ke Kuala Kedah, tengok bunga. Tapi sepanjang jalan Kuala Kedah, bunga tu ada sikit je...mungkin dah luruh...x de rezeki nak tengok. Jalan punya jalan...terserampak Muzium Kota Kuala Kedah. Ilham(anak buah) ajak singgah...nak bergambar katanya. Hrmm...layankan je la. Budak-budak ni dah bosan duduk dalam kereta kot.














 Beria-ria Sufya nak ambik gambar kami berdua...sudahnya muka ayahnya x nampak...lepas tu dia boleh gelak

Antara yang dipamerkan dalam muzium ni










 Ingat nak berhenti kat jambatan ni, ambil gambar tapi ada plak signbord yg larang ambil gambar. Mungkin nak elakkan jammed. Ambik je la gambar jambatan...

Sebelum balik kami cari laksa teluk kuchai...jiran-jiran kata sedap, so nak try la...betulkah sedap? Kedainya kat tepi jalan je...ada dua kedai tapi yg buka time tu hanya satu kedai je...Zakaria Laksa Teluk Kuchai. Orang memang ramai...betullah sedap kot..
Sampai je laksa...kuahnya cair..tapi ada sambal warna kuning kat tepi tu. Saya cakap kat habib, lain dari yg lain je laksa ni...habib kata gaulkan laksa dgn sambal kuning tu dulu utk memekatkan kuah. Tengok habib makan dulu...tengok dia kata apa...dia kata sedap...pengemar laksa kata sedap tu maknanya sedap la...memang sedap...berbaloi cari.
Misi melihat bunga sakura gagal tapi dapat makan laksa sedap...lupa kecewa...Insyaallah tahun depan, kalau ada rezeki kita pergi tengok bunga sakura ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020