Ahad, 15 Oktober 2017

Hari Kanak-kanak dan Hari Sukan Negara

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Plan asal nak pergi mandi sungai kat Janda Baik tetapi trip ni terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Dah batal trip tu kena ada back up plan la...yg penting program tadika Sufya kena join. Gigih saya call cikgu dan urusetia Hari Kanak-kanak dan Hari Sukan Negara bagi memestikan anak terlibat sama(sebenarnya serba salah...gara-gara program sendiri anak x dapat join).

Hari Kanak-kanak dan Hari Sukan Negara ni berlangsung pada 14.10.2017 bertempat di Gelangang Futsal 1Malaysia Presint 18 Putrajaya. Saya plan pukul 8.00pg, pergi program tu beli tiket dan pukul 9 hantar Nini dan Zidane kelas Taekwondo. Tapi dah ada dalam tu, memang x nak keluar la budak-budak tu...ye la nama pun karnival untuk kanak-kanak kan. Kad penyertaan kena beli RM5.00 seorang...kena main 15 permainan lepas tu minta cop kat penganjur...cukup 15 cop boleh redeem hadiah. 

Booth pertama...mestilah booth tadika Sufya. Tapi kasihan sufya pakai baju biasa je, kawan-kawan dia semua pakai baju sukan sekolah. Silap mama dia x baca betul-betul wassap yg cikgu bagi





Booth kedua ialah Tadika Tee Zee Fokus


  

Booth ketiga Tadika Q-dees 



Tadika Laman Cerdik 


Booth seterusnya TBC JUNIOR






 Dah tak ingat ni booth tadika apa sebab dah kepenatan melayan anak-anak. Time ni fikir cepat la habis...dah x larat ni. First time pergi sendiri bawa anak-anak...drive, layan karenah anak, jurukamera dan supporters...semua sendiri






 Transformers Bumblebee



Sebelum redeem hadiah sempat lagi bergambar bersama transformer bumblebee...

Lepas ni plan nak pergi Genting tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentu...habib masih kurang sihat. Untuk tak menghampakan anak-anak, habib ajak pergi tempat yg dekat je...kebetulan ada expo Pusat Sains Negara. Apalagi anak-anak dengar meloncat gambira...tetapi sekali lagi hampa...x jadi jugak. Kami keluar makan je kat Kota Warisan.


 


Gambar kami berdua je...habib yang masih keluar...nini dan zidane x de mood



Selesai makan habib bawa kami jalan-jalan ke sekitar KLIA 2...nak tengok filght mendarat, berlepas dan macam mana staff airasia uruskan bagasi-bagasi penumpang. Parking tepi jalan je nak tengok ni...Time ni anak-anak tanya nak buat apa kat sini? Balik Sabah...ringkas je jawapan habib.
Tak boleh lama parking tepi jalan ni, nanti ada polis datang plak...kami toleh belakang ada beberapa kereta berhenti tepi jalan jugak...sebelum kena saman kami balik dulu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020