Selasa, 17 April 2018

Akhirnya Nini dan Sufya...Gunting Rambut

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Setelah beberapa tahun x nak gunting rambut sebab nak panjangkan macam Elsa Frozen katanya. Akhirnya 14 April 2018, dia minta guntingkan rambut semasa nini ada kelas tambahan. Dia sendiri yang ambil gunting...guna gunting sayur je. Katanya nini pernah gunting rambut dia guna gunting ni je. Saya try la gunting...rasanya ni kali kedua gunting rambut anak. First masa nini kecil...

Bila nini balik dari kelas tambahan, nampak rambut sufya pendek...dia pun juga gunting rambut. Tapi panjang sikit la dari sufya

Rambut panjang



Rambut Pendek 2018





Hari Watikah Pelantikan Pegawas Sekolah Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2018 adalah tahun kedua Zidane dilantik sebagai pegawas sekolah. Tapi gambar-gambar ni saya dapat melalui facebook sekolah. Saya pun tak sedar bila admin dia masukkan...jumpa gambar ni masa nak cari jadual sekolah nini...dah jumpa kita simpanlah sebagai kenangan dalam blog ni.


 antara kawan baik zidane. Sebenarnya ramai kawan baik zidane yg dilantik sebagai pengawas tapi gambar yang lain x jumpa la plak




 Pengawas sekolah utk sesi 2018




Ahad, 15 April 2018

Sambutan Hari Lahir Habib - 37 Tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera

13.04.2018 merupakan hari lahir habib yang ke-37 tahun. Plan asal nak masak dan buat suprise kat habib tapi keadaan diri x mengizinkan. So tanya anak-anak nak makan kat mana utk sambut birthday ayah...idan kata dia tahu tempat yg ayah paling suka...no. satu ayah suka Burger Kings sebab tiap kali ajak pergi McDonalds @ KFC mesti ayah kata baik p Burger Kings, kedua Texas Chicken. So, kami pergi Burger King je malam tu tapi habib senyum je bila kata ni tempat yg dia paling suka mengikut firasat anak-anaknya.



Kek habib tahun adalah pilihan nini iaitu kek tiramisu. Sebabnya masa birthday saya hari tu habib belikan kek tiramisu jugak tapi dalam cup...so nini dan sufya berebut. Rasa x puas makan time tu, nini pilih kek tiramisu tapi idan baby x nak...masing-masing sedih petang tu. Tapi keesokkan harinya depa yang habiskan sampai birthday boy nak makan time balik keja dah x de...


Makan kat luar tapi potong kek kat rumah atas permintaan habib sendiri...kalau habib x nampak nini bawa kek, dah tentu kami potong kek kat luar sekali. Terkantoi plak bawa kek...

Short Vacation - Glory Beach Resort


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Lamanya x menjenguk blog ni...nak buat macam mana kesibukan belajar di tempat kerja baru, di tambah alahan yg teruk( setiap kali mengandung memang kena alahan teruk...redha je, pengalaman tu bukan semua orang mengalaminya). Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk saya mengandung kali ke-4.
Alahan dah semakin ok, cuma cepat penat...faktor usiakan. Tapi tetap merengek ngan habib nak ajak p bercuti, nak release tension...Sebelum ni habib x setuju, katanya tunggu lepas bersalin dan habis pantang baru berjalan. Tapi sebab kasihan kat bini dia ni kot...asyik mengadu bosan, dia bawa juga bercuti kat PD. PD lagikan...tempat yang dekat dan yg penting ada pantai dan kolam.
Kali ni kami menginap di Glory Beach Resort, apartment 2 bilik dgn kadar sewa RM250.00 utk rate weekend. Tapi kalau booking awal boleh dapat lebih murah...


ruang tamu




master bedroom

bilik kedua...katil single

Lupa plak, kami bercuti ni hari sabtu 07.04.2018 selepas habib habis kerja. So, kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 3 ptg...jemmm  plak petang tu, so sampai dalam pukul 5.30ptg. Sampai terus check in, minum petang(bawa bekal dari rumah) dan mandi kolam. Dah lama tak mandi kolam, so kena mandi puas-puas...

Sebelum sampai Glory, habib singgah kedai DIY kat Giant untuk beli bola dan permainan anak-anak...tengok la betapa seronoknya depa main tembak2 semasa mandi





Pukul 7.00 petang...siren berbunyi. Dah habis waktu mandi kolam. Sebelum naik atas, kami sempat meninjau pantai dan teman arnab sekejap...

Dah penat mandi kolam, masing-masing lapar...malam ni kami dinner kat King's Char  Kuey Teow, dalam perjalanan kami singgah di pasar malam PD...beli jagung rebus dan steamboat. Dinner kami char kuey teow, steamboat, dan kentang goreng. Set nasi yang kami pernah makan kat sini dulu...dah x de dalam senarai menu.


 Masing-masing muka kelaparan...

Keesokan pagi, saya dan nini pergi sarapan. Sarapan yg disediakan hanya utk 2 orang utk Apartmen 2 bilik ni. Disebabkan habib dah pernah menginap di sini, so dia dah tahu sarapan kat Glory Beach Resort ni biasa-biasa je..x banyak pilihan. Pagi tu nini sarapan koko krunch je...saya plak nasi lemak dgn buah sikit. Memang tak berbaloilah kalau nak bawah turun semua dan kena bayar plak.

Lepas sarapan kami terus naik dan kejutkan sufya dan idan untuk ajak mandi kolam. Mandi awal orang tak ramai sangat macam semalam.










 Mandi puas-puas sebelum check out. Ajak diorang mandi pantai tapi diorang x nak...masing-masing nak mandi kolam je. Disebabkan mandi awal sangat...cepat je masing-masing kesejukan. Tapi dalam sejuk tu, diorang tetap nak makan aiskrim. Awal juga pakcik jual aiskrim tu datang ke tepi resort ni. Habib layan anak-anak makan aiskrim, saya plak kemaskan semua barang. Kami check out dalam pukul 11.00pagi. Lepas check out terus cari tempat makan dan balik rumah.








Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020