Ahad, 15 April 2018

Short Vacation - Glory Beach Resort


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Lamanya x menjenguk blog ni...nak buat macam mana kesibukan belajar di tempat kerja baru, di tambah alahan yg teruk( setiap kali mengandung memang kena alahan teruk...redha je, pengalaman tu bukan semua orang mengalaminya). Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk saya mengandung kali ke-4.
Alahan dah semakin ok, cuma cepat penat...faktor usiakan. Tapi tetap merengek ngan habib nak ajak p bercuti, nak release tension...Sebelum ni habib x setuju, katanya tunggu lepas bersalin dan habis pantang baru berjalan. Tapi sebab kasihan kat bini dia ni kot...asyik mengadu bosan, dia bawa juga bercuti kat PD. PD lagikan...tempat yang dekat dan yg penting ada pantai dan kolam.
Kali ni kami menginap di Glory Beach Resort, apartment 2 bilik dgn kadar sewa RM250.00 utk rate weekend. Tapi kalau booking awal boleh dapat lebih murah...


ruang tamu




master bedroom

bilik kedua...katil single

Lupa plak, kami bercuti ni hari sabtu 07.04.2018 selepas habib habis kerja. So, kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 3 ptg...jemmm  plak petang tu, so sampai dalam pukul 5.30ptg. Sampai terus check in, minum petang(bawa bekal dari rumah) dan mandi kolam. Dah lama tak mandi kolam, so kena mandi puas-puas...

Sebelum sampai Glory, habib singgah kedai DIY kat Giant untuk beli bola dan permainan anak-anak...tengok la betapa seronoknya depa main tembak2 semasa mandi





Pukul 7.00 petang...siren berbunyi. Dah habis waktu mandi kolam. Sebelum naik atas, kami sempat meninjau pantai dan teman arnab sekejap...

Dah penat mandi kolam, masing-masing lapar...malam ni kami dinner kat King's Char  Kuey Teow, dalam perjalanan kami singgah di pasar malam PD...beli jagung rebus dan steamboat. Dinner kami char kuey teow, steamboat, dan kentang goreng. Set nasi yang kami pernah makan kat sini dulu...dah x de dalam senarai menu.


 Masing-masing muka kelaparan...

Keesokan pagi, saya dan nini pergi sarapan. Sarapan yg disediakan hanya utk 2 orang utk Apartmen 2 bilik ni. Disebabkan habib dah pernah menginap di sini, so dia dah tahu sarapan kat Glory Beach Resort ni biasa-biasa je..x banyak pilihan. Pagi tu nini sarapan koko krunch je...saya plak nasi lemak dgn buah sikit. Memang tak berbaloilah kalau nak bawah turun semua dan kena bayar plak.

Lepas sarapan kami terus naik dan kejutkan sufya dan idan untuk ajak mandi kolam. Mandi awal orang tak ramai sangat macam semalam.










 Mandi puas-puas sebelum check out. Ajak diorang mandi pantai tapi diorang x nak...masing-masing nak mandi kolam je. Disebabkan mandi awal sangat...cepat je masing-masing kesejukan. Tapi dalam sejuk tu, diorang tetap nak makan aiskrim. Awal juga pakcik jual aiskrim tu datang ke tepi resort ni. Habib layan anak-anak makan aiskrim, saya plak kemaskan semua barang. Kami check out dalam pukul 11.00pagi. Lepas check out terus cari tempat makan dan balik rumah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020