Assalammualaikum dan salam sejahtera
13.04.2018 merupakan hari lahir habib yang ke-37 tahun. Plan asal nak masak dan buat suprise kat habib tapi keadaan diri x mengizinkan. So tanya anak-anak nak makan kat mana utk sambut birthday ayah...idan kata dia tahu tempat yg ayah paling suka...no. satu ayah suka Burger Kings sebab tiap kali ajak pergi McDonalds @ KFC mesti ayah kata baik p Burger Kings, kedua Texas Chicken. So, kami pergi Burger King je malam tu tapi habib senyum je bila kata ni tempat yg dia paling suka mengikut firasat anak-anaknya.
Kek habib tahun adalah pilihan nini iaitu kek tiramisu. Sebabnya masa birthday saya hari tu habib belikan kek tiramisu jugak tapi dalam cup...so nini dan sufya berebut. Rasa x puas makan time tu, nini pilih kek tiramisu tapi idan baby x nak...masing-masing sedih petang tu. Tapi keesokkan harinya depa yang habiskan sampai birthday boy nak makan time balik keja dah x de...
Makan kat luar tapi potong kek kat rumah atas permintaan habib sendiri...kalau habib x nampak nini bawa kek, dah tentu kami potong kek kat luar sekali. Terkantoi plak bawa kek...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan