Ahad, 1 Julai 2018

13 Jun 2018...Lahirlah cahaya mata yg ke-4 kami

Assalammualaikum

Orang lain sibuk nak balik kampung nak sambut raya, kami plak p hospital nak bersalin. Ingatkan sempat nak raya...2 hari lagi nak raya. Time ni dah 37 minggu 5 hari. Bangun sahur tu x rasa sakit apa pun, plan nak p keja lagi hari ni. Biasa lepas sahur x tidur tapi pagi ni tertidur...ngantuk sangat. Bangun pukul 6.30pagi, rasa sakit sangat. Masa ni fikir, macam sakit nak bersalin dah ni. Bangun p mandi dulu, sakit sekejap ada lepas tu hilang...lepas tu ada lagi...contraction dah mula. X nak layan sakit...sambung tidur balik. Pukul 9.00pg, sufya alwida bangun dan kejutkan ayahnya. Habib bebel sebab dah lewat nak p keja. Time ni baru saya bagitahu dah rasa contraction. Kebetulan plak keluar darah. Jom la p hospital...x perlu tunggu lagi kata habib...saya yg suka berlengah p hospital...malas nak duduk bilik bersalin lama2. 

Selepas sesi pemeriksaan, dalam pukul 10 lebih...nurse tolak la saya ke bilik bersalin. Alhamdulillah...pukul 11.08pagi, lahirlah anak kami yg ke-4 disaksikan ayahnya sendiri. Terima kasih habib kerana ada di sisi semasa  kelahiran keempat-empat cahaya mata kita.





Semoga membesar  dengan sihat dan menjadi anak yg solehah dan pintar...aamiin 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020