Assalammualaikum
Di Putrajaya sekarang ni dihiasi dengan bunga-bunga bewarna putih dan pink. Kami anak beranak teringin bergambar dengan bunga-bunga ni. Dari kelmarin lagi dah plan tapi x menjadi. Hari ni kami teruskan juga misi bergambar bersama bunga-bunga😍😍. Lepas bergambar anak-anak nak beriadah katanya... Kami x pergi jauh, area rumah je. Memang cantik tapi ada pembinaan...so x dapatlah view yg betul-betul cantik.
Aktiviti bergambar dah selesai, terus Idan ajak kebergambar, Kat padang sambung lagi😁
Dah puas bergambar, kami teruskan dengan beriadah. Nini dan Baby Sufya main basikal, saya dan Idan main badminton dan Baby Hanna tidur.
Aktiviti bergambar dah selesai, terus Idan ajak kebergambar, Kat padang sambung lagi😁
Dah puas bergambar, kami teruskan dengan beriadah. Nini dan Baby Sufya main basikal, saya dan Idan main badminton dan Baby Hanna tidur.
Kami selesai beriadah,baby Hanna pun bangun.
Baby Hanna dah nangis kelaparan..."jom la mama lapar sangat ni"

Bila Baby Hanna lapar, Nini ajak pergi kompleks kejiranan. Saya susukan Baby hanna, anak-anak main playground. Selesai menyusukan Baby Hanna, nini minta izin nak mandi kolam. Disebabkan dah lama x bawa mereka mandi kolam, saya izinkanlah walaupun x de baju salin.
Baby Sufya dah kesejukan |
Pukul 11.00pagi, saya ajak mereka balik. Nasib baik rumah dekat, jalan kaki je. So x pe la balik dengan baju basah. Alhamdulillah...selamat sampai rumah sebelum hujan lebat turun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan