Assalammualaikum
Sebenarnya dah lama planning nak jalan-jalan ke Pahang sambil melawat adik ipar. Banyak kali tangguh...untuk raya haji ni kami teruskan juga walaupun diambang kerisauan...risau terperangkap dalam jem. Kebetulan hari pergi tu orang balik ke bandar setelah bercuti raya dan esoknya dah mula bekerja. Untuk mengelak jem, kami gerak awal pagi iaitu pukul 2.00pagi dari Putrajaya...sampai RNR Gambang dalam pukul 4 lebih...kami rehat dan mandi di sini.
Lepas sarapan...sambil tunggu habib yang tengah bersiap
Pukul 7.00pagi kami teruskan perjalanan ke Penjara Penor. Alhamdulillah kami sampai sebelum pukul 8 pagi tapi orang dah ramai. Dalam pukul 10 lebih selesai urusan kami di sana. Perut pun dah lapar, kami mencari tempat makan...cuti perayaan ni susah juga nak cari tempat makan...majoriti tutup kedai. Jalan...jalan...jumpa la kedai ni Nasi Kukus My Mama. Yang bestnya kuah dan sambalnya memang sedap...
Selesai makan, jomlah kita gerak balik....lambat-lambat nanti jammed plak. Lagipun nak singgah mandi-mandi di Janda Baik...kononnya la...sekali jammed. Walaupun tak teruk jammed nya...tapi memang tak beranilah nak singgah. Kita teruskan perjalanan balik...sampai Putrajaya pukul 3.00petang...so travel kali ni ambik masa 15 jam pergi/balik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan