Ahad, 17 November 2019

Holiday At Tambun Lost World Of Tambun



Assalammualaikum....alhamdulillah, setelah banyak kali plan tak jadi, kali ni kami usaha bagi jadi juga. Ada juga cubaannya kali ni...Zidane masuk teater, nasib baik cikgu bagi pelepasan, yang penting hari pementasan sebenar ada. Selesai satu...Hanna demam plak...merengek je sehari sebelum pergi tu. Nasib baik malam tu ok sikit....standby ubat dan cool fever la. Dalam pukul 7 pagi kami gerak dari Putrajaya...sampai sana pukul 10.44 pagi. Sampai je terus berbaris utk tukar tiket...rupanya x perlu tukar sebab dah ada barkod terus masuk dalam je...aduii la. Masuk dalam tu....dia check beg dulu dan bagi gelang tangan. Time tu baru Habib terfikir nak bawa stoller....huhu.Tapi kat dalam tu boleh je sewa stroller Rm40.00 (Rm30 utk sewa dan Rm10 deposit). Tapi kami x jadi sewa sebab nak lepaskan Hanna meneroka kat dalam tu. Dah la tu...jom layan gambar


Games pertama...Stormrider



Games Kedua....Dragon Flights. Yang ni Habib dan Idan je main...Nini x nak sebab takut pening...tapi memang pening pun lepas main tu








Games Ketiga...Perak Parade. Ni memang khas untuk kanak-kanak...slow je






Haunted Chambers...ni tak masuk pun sebab anak-anak semua takut

Games seterusnya...Lupe's Adventure...ni memang best..seronok sangat menjerit dalam gua yg gelap....hahaha



mana pergi seorang lagi???Cepat je Hanna lari...

Demam tapi still aktif
Selama ni saya ingat ni gajah betul-betul tau....rupa-rupanya gajah batu je...
Sambungan bahagian II

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020