Ahad, 19 Januari 2020

Pemeriksaan Gigi

Assalammualaikum
Sebelum ni x pernah terfikir nak bawa anak check gigi kat klinik...rugi betullah. Anak keempat baru sedar....kasihan kat sufya....gigi dia banyak rosak. 16/01/2020.... fisrt time bawa anak-anak check gigi. Gigi  kakak....alhamdulillah semua ok,cuma ada satu lagi gigi susu yang x cabut lagi dan berlubang sikit...doktor kata x perlu tampal....just tunggu gigi tu jatuh sendiri. Gigi Sufya paling banyak rosak tapi semua gigi susu lagi, so biar gigi tu cabut sendiri. Tapi yang menyedihkan ada 1 gigi kekal iaitu gigi geraham yang rosak. Memandang masa tu x de barang tampalan kekal...so doktor ambil nama dan kelas utk tampal kat sekolah. Kebetulan x lama lagi diorang akan ke sekolah Sufya....lega sebab boleh tampal lagi.

Gigi Hanna....alhamdulillah semua ok, so kena datang 6 bulan lagi. Doktor nak letak florida kat gigi supaya gigi Hanna kuat...sekarang x perlu lagi. Next check up ialah 16/07/2020 ....sebelah petang utk kanak-kanak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020