Assalamualaikum
Hampir dua bulan terperap dalam rumah kerana PKPB yg bermula pada 14 Oktober 2020 dan bersambung sehingga 06 Disember 2020. Sabtu 12 Disember 2020, bawa anak-anak keluar ke salah satu taman di Putrajaya. Sebelum ni dah pergi tapi disebabkan hujan...x sempat nak menjelajah taman ni.
Dah puas main taman dan main bola...kami mulakan perjalanan dalam taman ni...Kebetulan hari tak panas...sepanjang jalan dihiasi dengan pelbagai pokok yang menghijau..Tempat pertama taman permainan kanak-kanak...tempat kedua iaitu Plaza Mercu Tanda
Antara yang menarik di Plaza Mercu Tanda ni ialah kita boleh meneropong untuk melihat keindahan/keadaan Putrajaya . Ada air pancur yang dikelilingi taman bunga yang dijaga rapi
Budak dua orang ni siap lepak dan rehat kat bangku ni...tunggu adik-adik yang jalan sambil mengutip bunga
Jalan-jalan...jumpa batu yang ditanam...ni Laman Megalit
Dari Laman Megalit...Hanna nampak taman...ingatkan taman permainan kedua rupanya taman untuk workout
Main kat tempat ni Hanna x nak balik...terpaksa dukung sebab kakak-kakak dan abang dah penat dan ajak balik
Alhamdulillah..dah pusing satu Taman Putra Perdana ni...sebelum balik anak-anak nak makan aiskrim plak. Mama malas nak turun...pilihan yang ada aiskrim McD la sebab boleh drive thru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan