Ahad, 7 April 2024

3 Hari 2 Malam Aktiviti Bersama Alam di Anugerah Alam Campsite

 

Atas Nama Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Camping kali kedua tahun 2024. Kali ni kami pergi 3 family je tapi para bunda bersama anak-anak je kerana kanda kami berteam building di tempat lain. Kami pergi pada 08-10 Mac 2024 di Anuerah Alam Campsite Semenyih. Nak masuk ke dalam ni kena bawa kereta perlahan-lahan sebab jalan x bertar. Tapi dah masuk dalam memang puas hati, tempat yang betul-betul cantik dengan sungai yg lebar dan cetek...sungai mesra kanak-kanak dan para bunda boleh tengok dari atas.



Air betul-betul jernih...boleh nampak anak ikan

Sepanjang kami camping...kucing tu menjadi teman setia kami la



Nak angkut barang kami sewa 4x4 dengan bayaran RM50 pergi dan balik. Tapak agak jauh dari parking kereta
Karya anak-anak yang pertama

Mula-mula kanda kami bantu pasang khemah sebelum mereka berangkat ke tempat acara mereka. Selainnya kami pasang sendiri 


Tengah pasang khemah dan flysheet, hujan turun dengan lebatnya. Ni pengalaman pertama kami berhujan pasang khemah. Puji syukur hujan turun tak sampai malam








Laluan nak ke tandas...tandas jauh jugak dari tapak khemah


Sarapan pagi sabtu. Ada nasi goreng dan nuget



Main susun-susun batu

Jumpa anak katak

Aktiviti anak-anak memang kt sungai je sepanjang hari. Macam-macam permainan mereka main...

Ni ketua chef...kami panggil bunda bunga @ mawar. Dia dah ready nak bakar-bakar. Ada ikan, ayam, jagung dan ubi



ni menu tengahari kami...siap ada sambal belacan dan ulam-ulaman


Lepas makan basuh pinggan kt sungai. Sinki ada tapi x de paip. Kita ajar-ajar basuh pinggan kt sungai. Air sungai bersih dan bila kita basuh pinggan, banyak anak-anak ikan datang nak makan sisa makanan. Sisa makanan sikit-sikit boleh la buang kt sungai tapi kalau banyak tu sesuai la



Makan sambil menghadap sungai yg jernih tu...seronok diorang





Aktiviti waktu malam...

Anak-anak main kad UNO





Permainan congkak pun ada


Menu makan malam kami...spagethi bolognes(x sempat ambil gambar dah habis) dan oden. Oden ni memang sedap

Menu sarapan ahad...jagung dan ubi rebus, cekodok kentang dan roti telur bakar(ni sufya yg masak)


Lepas sarapan anak-anak sambung mandi sungai sebelum balik










Sementera tunggu kanda-kanda kami datang menjemput...kami sempat makan tengahari dgn menu nasi putih + sambal sardin dan telur dadar.

Secara keseluruhan tempat ni memang best sesuai dgn namanya dan tempat pun redup.



































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cuti² di Port Dickson 2H 1M

 Karnival Port Dickson-PD Water Front  27 Disember 2024 - santai² di pantai bersama Hanna Jom bersiap balik