Jumaat, 16 Januari 2015

Menghadiri Kelas (Buat Roti)

Pada 4 Jan 2015, saya telah menghadiri Kelas Buat Roti di Teras Jernang bersama Chef Zarul. Roti pertama yang kami buat ialah

Sausage Bun (goreng)
Sausage Bun(dibakar)

Bahan-bahan & Cara Buat
Utk bancuahan ragi
1 cawan air suam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar ibu roti/ragi

JANGAN KACAU! Tinggal tepi supaya dia naik/aktifkan dirinya sendiri

-500gm tepung berprotein tinggi(high protein flour)
-masukkan bancuahn ragi sedikit demi sedikit
-2 sudu besar gula halus(fungsi gula:supaya roti menjadi kuning keemasan)
-2 kuning telur-pukul & tambah sedikit demi sedikit(fungsi kuning telur utk membentuk/mengeraskan roti)

Uli samapai sebati dan kenyal(tambah jika perlu)

Tutup dengan pembalut palstik & letakkan ke tepi dan rehatkan selama 2 jam sehingga terpung naik 2 -3 kali ganda

Setelah doh dah naik,

Timbang 100 gm dan uli sehingga menjadi bola(guna teknik yg diajar)
Giling doh dgn kayu penggelek (rolling pin) menjadi bentuk bujur (sebesar tapak tangan). Letak sosej secara memanjang & balut. Gunakan kreativiti dan bentukkan roti mengikut teknik yg telah diajar..cth bunga, tulang ikan, ulat bulu etc

Lapik talam pembakar dgn kertas minyak(sapu mentega). Susun roti2 yg telah dibentuk dan sapu kuning telur. Bakar pada suhu 160-180c selama 20 minit (suhu bergantung kpd jenis oven yg digunakan)

Variasi lain
1) Isi pes kacang merah & bakar seperti di atas
2) Gulung doh macam ular, lilit sosej, salut dgn serbuk roti(breadcrumbs) & goreng

Nota: Sosej hendaklah di basuh dan dikering terlebih dahulu kerana sosej yg basah tidak akan melekat pd doh










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020