Pada 04 Mac 2017 merupakan program hari keluarga untuk unit baru aku...kira baru la sebab x sampai setahun lagi..hihihi. Program ni kami namakan ARFU Family Vacation 2017 diadakan di Isma Beach Resort, Melaka. Kalau ikut tentatif program, kami check in pukul 2.00ptg, tapi gerak awal sikit... so sampai awal la kt Melaka. Sementara menunggu pukul 2.00ptg, kami lunch dan cuci kereta dulu di Masjid Tanah. Plan asal nak cari keria gula melaka yg viral tu tapi mood pagi tu x brpa nak baik. Nasib baik ada yang pergi cari...kalau x kempunan aku. Siap makan, kami terus ke Isma Beach Resort, anak-anak dah x sabar nak mandi kolam dan main pantai. Tapi awal lagi masa sampai tu, so x boleh check in...lagipun urusetia x smpai lg.
Aktiviti habib dan anak2 sementera menunggu waktu check in
Dapat je kunci anak-anak terus salin baju dan mandi kolam...alahai la anak, memang x boleh sabar kalau jumpa kolam
Pn. Fazilah, Faizah dan Marini |
Anak-anak mandi ditemani ayah, mama tolong urusetia utk urusan
pendaftaran(tolong sekejap je)...pukul 3 lebih sibuk panggil anak-anak
naik sebab program seterusnya adalah tengok penyu.
Ni la keluarga besar ARFU LPPSA....
Next program...SUKANEKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan