Isnin, 6 Mac 2017

BBQ & Penyampaian Hadiah

Pada sebelah malam pula adalah sesi penyampaian hadiah  dan tukar-tukar hadiah diadakan semasa dinner.
 Sebenarnya pada hari yang sama ada satu group lagi yang buat Family Day di Isma Beach Resort ni. So malam tu ada dua group la buat dinner. Tempat dinner sebelah menyebelah je...disebabkan group sebelah dinner awal berbanding kami, Zidane dengan muka selamba ikut baca doa makan group sebelah(dia x tahu kot) dan tiba-tiba hilang...jenuh habib cari...rupa-rupanya pergi berbaris ambil makan di group sebelah. Masa habib jumpa tu...pinggan dia dah penuh dengan makanan. Aduiii...malunya. Tak pasal2 habib kena jumpa pengacara majlis bagitahu anak kami terambil makanan diorang dan mohon maaf sekali minta halalkan.  Salah seorang kakak tu kata x pe...dia x makan malam tu so anak saya ambil bahagian dia la...anak oh anak(lapar sgt la tu)


 




Sedikit ucapan dari Eksekutif Kanan Unit ARFU En. Nik

Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan pemberian hadiah untuk kanak-kanak yang disampaikan oleh Pn. Fazilah


Seterusnya hadiah untuk ikatan kasih(ikat kaki) yang disampaikan oleh CC Zulianah


Diteruskan dengan hadiah balingan kasih(baling belon) disampaikan oleh CC Maimunah

Ni pemenang saguhati tapi gambar Siti Norasifah x de...hp habis bateri. Sorry Siti...dahlah nama dia tercicir dan gambar pun x de

Ni pula penyampaian hadiah utk cari gula-gula dalam tepung disampaikan oleh En. Nik

Sesi yang ditunggu-tunggu ialah tukar-tukar hadiah. Tapi ni je gambar yg ada...sedih sikit...gambar aku pun x de. Tapi x pe la sebab family aku yg dapat banyak hadiah dan juara untuk dua kategori...Alhamdulillah
Acara malam tu di akhiri dengan potong kek dan makan jagung bakar yang di bakar.

















Family Day ARFU 2017 akan menjadi kenangan terindah bila semua dah keluar LPPSA hujung tahun ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020