Isnin, 18 Februari 2019

Hanna 8 bulan 2 hari - Berdiri Kat Tepi Sofa@Dinding

Assalammualaikum
Gambar diambil pada 15 Feb 2019....Hanna dah berumur 8 bulan 2 hari. Melihat perkembangannya....dia dah boleh berdiri dengan sokongan iaitu berpaut dengan apa-apa benda la
Tapi tangan masih ganggam/bulat...macam baby sangat lagi ni

Percubaan berdiri dengan berpaut satu tangan je



Senyum sokmo....senyuman yang menawan hati kami...so cute





Moga Hanna membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi Allah s.wt

Ahad, 17 Februari 2019

Mandi Manda di Kolam Renang Pusat Akuatik Presint 6

Assalammualaikum
Musim panas-panas macam ni memang anak-anak request nak mandi kolam. Banyak kali cancel sebab hujan waktu petang...Alhamdulillah minggu ni tak hujan...jomm lah kita p mandi kolam. Ada tiga tempat pilihan...
1) Kolam Renang Di Komplek Kejiranan Presint 16
2)Kolam Renang Di Kompleks Kejiranan Presint 11 dan
3) Kolam Renang Pusat Akuatik Presint 6
Akhirnya kami pilih yang no. 3 sebabnya ada tiga pilihan kolam...utk hanna, nini dan sufya dan utk kami...huhu














Seronok betul Hanna mandi kolam...langsung tak rasa takut...kat kolam utk dewasa pun dia main terjun je...kami la kena sentiasa alert






Dalam gambar ni kolam untuk hanna...dah puas kami berendam di kolam yang dalam, kami pindah ke kolam ni. Saya dah siap tukar baju, baru ambil gambar. Time mandi tadi, langsung tak ambil sebab nak fokus mandi je...lepas teringin nak berendam puas-puas. Kali ni Idan tak ikut...sibuk nak main dgn kawan-kawan...so diorang bertiga je la dalam gambar ni

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020