Isnin, 4 Februari 2019

Short Vacation - Hotel Seri Malaysia Ipoh Perak

Assalammualaikum...
Sabtu 02 Feb 2019 yg lepas, kami ke Ipoh Perak selepas habib habis kerja. Kami stay di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak


 Ni bilik kami...kami tempah 2 bilik twin single...1 bilik utk kami dan 1 lagi utk ayah dan idan. Utk bilik kami...kami cantumkan katil single tu...so dapat lagi katil yg besar. Lupa nak habaq...kami tempah hotel ni melalui agoda...time tu ada promosi...1 bilik dlm rm84...utk 2 bilik termasuk lain2 caj rm188 je. Masa check in siap dapat kopun breakfast utk 2 orang bagi 1 bilik...berbaloi kan...staff dia pun memang terbaiklah...friendly je




Lepas mandi...sementara nak tunggu yg lain bersiap

Malam tu kami keluar utk dinner di pekan lama ipoh...memang hampir semua bangunan yg ada bangunan lama2...habib kata sebiji macam BM masa dia kecik dulu...utk kami anak beranak ia satu pengalaman yg baru...mula-mula rasa pelik...lama2 makin teruk a. Lagi teruja tengok bangunan yg di warnakan pelbagai warna ni...nini dan idan kata macam warna-warna pelangi


Malam ni, kami dinner di...ahhh...lupa la nama kedai....tak silap nama kedai tu Nasi Lemak Ayam Kampung...Disebabkan lapar...x fikir dah nak ambik gambar...masalah betul kalau saya jumpa makanan...mesti terus nak makan. Saya oder nasi lemak kerang dan habib nasi goreng ayam kampung. Anak2 oder air je...diorang x nak makan...dah makan macam2 kat dalam bilik tapi kami suap la juga sikit seorang. Masa ni ayah x sampai lagi. Ayah dinner kat Dengkil katanya...lepas makan baru gerak. Habib tunggu kat Gopeng...kami tidur kat bilik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020