Assalammualaikum...
Awal pagi 03 Feb 2019...mcm biasa kejutkan anak-anak...suruh diorang bersiap utk mandi kolam. Kira kami orang first terjun kolam...
Hanna x fikir...nak mandi ke tak nak ni...hihihi
Diorang mandi dalam 1 jam lebih juga la...mandi sampai puas...dah puas mandi kami breakfast di hotel je...makanan dalam ni sedap dan memang puas hati..breakfast ni dari pukul 7 sampai pukul 10 pagi. Kami breakfast dari pukul 9.15 sampai 10.05pagi...time ni orang dah x ramai...so boleh santai2 kan
Lepas breakfast...kami bergambar kenangan kat sini tapi gambar ayah dan nini x de...nini naik bilik dan ayah p meronda jalan2 sekitar hotel kot...
Dalam pukul 11.30pagi kami check out...biarpun bilik hotel habis di tempah tapi urusan semua smooth je...
Sementera habib ambik kereta dan hanna plak dah tidur kat ayah...sempatlah ambil gambar anak2 sekitar lobi hotel ni
Lepas check out, kami teruskan agenda seterusnya ia itu ziarah toksu di rumah anaknya yg kami panggil pakjang Beri di Sg. Siput...ziarah ni ayah gear kan ziarah kasih.
Alhamdulillah...murah rezeki bawa ayah dan anak2 Jalan-jalan. Tergambar di wajah ayah kegembiraan dapat bejumpa dgn mak manakan dia...kat rumah pakjang dan makjang ni kebetulan ada adik beradik diorang yg lain berkumpul...so kira boleh jumpa la semua dalam satu rumah. Makjang siap masak pelbagai masakan lagi utk jamu kat kami...lepas makan solat zohor berjemaah yg berimamkan ayah...lepas solat sambung makan durian plak. Sebelum balik makjang bagi laksa dan pelbagai makanan utk makan dalam perjalanan katanya. Semoga keluarga anak2 toksu semua murah rezeki...aamiiin
Kami meneruskan perjalanan ke Kedah iaiatu kampung habib untuk hantar ayah balik rumah. Sampai kampung dalam pukul 7.30mlm...rehat sekejap...pukul 10mlm kami bertolak balik Putrajaya. Dalam perjalanan kami semua letih dan mengantuk termasuklah habib...singgah tidur di rnr Tapah sampai pukul 5pg...dan teruskan perjalanan balik...sampai rumah 7.30pagi...sempatlah habib besiap-siap utk pergi kerja plak...Satu perjalanan yg mengambirakan walaupun nampak struggled tapi Allah permudahkan segalanya...syukur alhamdulillah... ya Allah atas nikmat yg Engku berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan