Assalammualaikum
Selepas Desa Dairy Farm...kami meneruskan perjalanan ke Ranau utk beramah mesra dengan arnab plak. Nama tempatnya Arnab Village...tapi yang ni kanak-kanak sahaja yang masuk diketuai oleh pakcik nan mereka.
Kami memahatkan memori je depan ni...hihihi
Selain arnab, ada juga binatang lain seperti kucing dan hamster...di atas adalah harga pakej utk pergi ketiga-tiga tempat ni...kira lagi murah la kalau ambik pakej ni
Harga tiket masuk...kalau x nak beli pakej
Sementara anak-anak bermain dengan arnab, kami pula menjamu selera di cafe/kedai makan yang ada di Arnab Village ni. Sambil menjamu selera kami berhubung dengan abang Ahmad yang dah lama tak jumpa. Dia minta kami singgah ke tempat beliau di Tamparuli...So, selesai makan kami pun gerak ke Tamparuli dan berjumpa dengan abang Ahmad sekejap. Biarpun pertamuan hanya sekajap tapi cukup untuk mengeratkan hubungan silahturrahim...Lepas tu kami terus gerak ke Kota Kinabalu untuk hantar kak long dan malamnya balik ke kampung halaman...esok pagi nak balik putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan