Rabu, 9 Februari 2022

13 Disember 2021 - Catatan Perjalanan ke KL

 Catatan perjalanan bawa anak-anak ke Kuala Lumpur naik pengangkutan awam. Nak bagi mereka pengalaman baru. Biasalah kan...cuti sekolah hujungn tahun....time bawa anak-anak jalan. Sebelum cuti lagi Sufya dah tanya...mama, tahun ni kita nak jalan-jalan kat mana? Dapat balik kampung pun best katanya. Sesungguhnya kami memang x de plan nak bawa diorang jalan-jalan cuti kali ni memandang covid pun masih ada lagi.

Catatan ni berlaku pada 13 Disember 2021...dari rumah kami menaiki kereta ke Putrajaya Sentral dan parking kat sini. Dari sini la bermulanya perjalanan kami menaiki pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang pertama ialah bas. Bas apa...dah lupa la..












Kami turun di Pasar Seni atau Central Market



                                                        Yeah....dah sampai Kuala Lumput







Ni destinasi kami yang pertama...bawa anak-anak jalan dalam ni....dulu tempat ni memang meriah tapi sekarang mcm byk yg x buka. 

Jalan-jalan di kota raya waktu pagi memang x ramai orang tapi cari kedai makan melayu x jumpa la plak. So, kami jalan sampai jumpa Stesen LRT di Masjid Jamek...masa kt stesen ni anak-anak melalui pengalaman yang menakutkan....di mana diorang jumpa orang yg meminta duit. Kakak kata...mula orang tu senyum...dia pun balas la senyuman tu...tiba-tiba dia minta duit dan anak-anak apa lagi cabut lari bagitau ada orang jahat. Kami x jauh...terpisah kerana laluan stroller yg jauh sikit dari tangga. Masa tu idan dah ajak balik...dan x nak teruskan perjalanan...takut katanya. Mama kata pada idan "ni pun salah satu pengalaman juga". Alhamdulillah semuanya ok lepas tu

Pengangkutan kedua LRT ke KLCC...dah lama x datang KL...memang lupa la nak naik yg kt mana...siap silap naik LRT lagi...huhuhu...time ni la ajar anak-anak bertanya dengan orang sekeliling...mama perhati je



Kakak x naik duduk...nak pegang stroller katanya


Puji syukur....sampai KLCC...tempat pertama yg kami tuju ialah Petrosains...nak ajak anak-anak mengambara dalam tu








Tapi x de rezeki nak masuk dalam tu....musim covid ni...nak masuk terhad dan tiket dah habis dijual utk waktu tu...yg ada pukul 4.00petang je...ambil gambar kat luar je la...lepas tu turun bawah cari tempat makan. Lepas tu ronda dalam dan luar KLCC



















Dah puas ronda KLCC...jom la kita balik...masing-masing pun dah penat










Dari KLCC naik LRT(Putra)  ke Masjid Jamek...dari Masjid Jamek naik LRT sampai ke Bandar Tasik Selatan...lepas tu naik ERL sampai Putrajaya. Semoga anak-anak mama dapat pengalaman yang cukup bermakna sepanjang perjalanan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020