Rabu, 22 November 2017

Anugerah Terindah 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Balik dari petang isnin, Zidane dengan muka yang gambira memberitahu dia dapat anugerah pelajar cemerlang KAFA kerana mendapat nombor pertama dalam kelas. Tak caya mama tanya kakak...betulkan kakak? Kakak kata ia...saya tanya surat??? Biasanya budak yg dapat anugerah pelajar cemerlang akan dapat surat jemputan menghadiri majlis tu...Boleh dia jawab esok Ali cari...Ali janji 
Keesokkan harinya...dia masuk kereta je saya terus tanya, mana surat??? Surat dah hilang...ermmm...anak bertuah betullah. Tapi dia merayu-rayu minta saya datang majlis anugerah tu. Dia kata, mama atau ayah atau kedua-dua sekali boleh datang. Mama kena datang tau...tengok Ali ambil hadiah. 
 

So, apa hari kejadian iaitu 22 Nov 2017(Rabu), berlangsunglah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KAFA 2017 di dewan sekolah. Pukul 2.00ptg bermula sesi pendaftaran kehadiran pelajar yang menerima anugerah. Dalam pukul 3.00 ptg baru bermula majlis dengan kehadiran Guru Besar

 Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan majlis 
Antara isi kandungan yang paling saya suka ialah pelajar cemerlang ini bukan sekadar cemerlang di atas kertas tetapi cemerlang dalam kehidupan sebenarnya dengan usaha yang berterusan daripada tenaga pengajar, ibubapa dan pelajar. Dia juga berharap, pelajar yang dapat subjek cemerlang dalam Akhlak mempunyai akhlak yang terbaik, cemerlang dalam AL-Quran...selalu mengaji dan tidak pernah tinggal solat 5 waktu. Kecemerlangan itu melambang keperibadian sebenar seorang pelajar.
Begitu harapan guru besar, macam tu juga la harapan kami sebagai ibubapa. Pada saya, ibubapa dan guru-guru kena saling membantu dalam membentuk sahsiah seorang pelajar.



Antara pelajar yang membuat persembahan sebelum sesi penyampaian hadiah.


Tahniah Zidane
Alhamdulillah...syukur pada ilahi atas anugerah yang terindah ini. Sesi pembelajaran tahun 2017 amat mencabar buat anak-anak. Berlaku turun naik pencapaian bagi Zidane dari peperiksaan awal tahun. Namun bagi kakak iaitu Nini, dia berjaya memperbaiki kedudukan dalam kelas dari awal tahun hingga peperiksaan akhir tahun. Tahniah untuk Nini juga.
Tahun 2017 juga, kami nampak perubahan pada Nini...nini dah semakin aktif dalam sukan. Mula-mula main netball...lepas tu ragbi...dia juga main badminton. 
Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan. Selamat bercuti Nini, Zidane dan Sufya...cuti-cuti dalam rumah je kot








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020