Tarikh 09/11/2017(Khamis) adalah hari yang anak-anak nantikan selama ni iaitu sambutan hari kanak-kanak kat sekolah. Tema untuk sambutan hari kanak-kanak tersebut ialah costume party - Disney di mana semua pentadbir, cikgu dan murid digalakkan memakai mengikut tema ini tetapi bagi yang x de costume boleh la pakai baju yang sedia ada yang paling cantik(ayat dari cikgu).
Mula-mula Nini kata nak pakai baju ahli sihir tapi ayahnya tak bersetuju. Ayahnya cadangkan pakai baju ustaz dan ustazah je...sebab dah ramai kawan-kawan diorang yang pakai baju halloween. Nini memang tak setuju la, so saya cadangkan pakai baju dress raya tahun lepas, lepas tu pakai kapak rama-rama beli bunga letak kat kepala...kira ala-ala pari-pari la. Zidane plak nak pakai jubah dan serban...ikut cadangan ayah dia.Tapi hari kejadian, dia pakai ringkas je..pakai baju t-shirt dan seluar jeans (memandangkan kawan baik dia malu nak pakai ikut tema).
Awal pagi x sempat nak ambil gambar anak-anak. So, harap gambar yang cikgu kongsikan je la
Gambar ramai-ramai ni je ada muka nini...ustaz kata susah nak kumpulkan semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan