Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ni baru ada masa nak abadi gambar masa jumpa sahabat dari zaman sekolah iaitu Salimah Binti Jamal. Sebenarnya dia dah lama sampai kat Kuala Lumpur tapi dirahsiakan...konon nak surprise kan aku la...tapi hp dia bateri kong...terbantut plan dia. Sal datang Kuala Lumpur pada 24/10/2017 hingga 28/10/2017 kerana mengikut rombongan sambil belajar sekolah anaknya yang sulung. Pada 25/10/2017, rombongan ni ke Putrajaya...antara tempat yang dikunjungi ialah Sekolah Pendidikan Khas SKPP 9(2)...time ni baru dia wasap bagitau dia ada kat KL. Rasanya sedih sebab x dapat jumpa...nasib baiklah lama lagi duduk KL.
Hari jumaat malam baru masing-masing free...nak jumpa jugak sebab esok dia dah nak balik. Lagipun kalau jumpa esok kat airport takut x sempat...Dapat jumpa dia kat lobi tempat dia tinggal...Allah je tahu betapa bahagianya diri ini. Setelah sekian lama x jumpa, macam x percaya boleh jumpa kat KL.
seterusnya...biarlah gambar yg berbicara...
Sal melayan anak tarunanya
Anak sal yang sulung memang pemalu
Tunggu makanan sampai...masing-masing perut lapar
Lepas makan, habib bawa kitaorang ke Dataran Merdeka KL...sekejap je kat sini sebab anak-anak sal dah merengek nak kereta mainan dan nak balik. Saya faham satu hal...orang sabah memang biasa tidur awal. Dah lewat malam macam ni, memang merengek la budak-budak tu...lagipun dari siang tadi mereka dah berjalan...so tolong carikan kereta mainan lepas tu hantar diorang balik rumah. Walaupun sekejap tapi cukup bermakna untuk kami berdua....
one image but three different colours
Nak bergambar pun susah...macam ni la bila ada anak kecil...layan je
Ada satu je gambar berdua...tu pun kabur. Tapi x pe la...janji ada jugak...jadilah sebagai kenangan terindah tahun ni
Finally...dapat jugak 1 gambar Maya(bukan senang nak ambil gambar dia). Semua gambar yang saya ambil mesti dia perasaan dan terus melarikan diri. Kekurangan diri membuatkan dia malu nak berhadapan dengan orang lain. Saya betul-betul respect dengan sahabat saya ni, dia membesarkan anak istimewa ini dengan penuh kasih sayang dan tak membezakan dengan anak-anaknya yang lain. Anak-anaknya yang lain pun menghormatikan dan mempertahankan kakak diorang bila di ejek oleh budak lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan