Assalamualaikum
Pagi 30/08/2020 kami teruskan perjalanan balik ke kampung halaman. Kami bermalam di rumah kak long. Pagi tu usaha pujuk anak ummi iaitu Fatihah untuk balik sekali. Aalhamdulillah berjaya juga ummi pujuk. Faiq sekali masuk kereta. Tapi bila faiq tengok pemandu lain...terus dia keluar kereta...hihihi
Perjalanan ke kampung halaman
Perjalanan balik kali ni ada ujiannya. Clutch kereta tiba-tiba rosak. Cuba pam banyak kali tapi sampai satu tahap...x boleh buat apa-apa. Kebentulan tempat kereta rosak berdekatan dengan pondok...di situlah kami rehat sambil menunggu bantuan tiba
Kat belakang tu pokok lemon
Pelbagai mainan budak-budak ni main, sambil kena pokok tumbuhan yang ada kat situ. Bila penat kami tidur...Habib dan Fatihah je x tidur. Selepas terjaga dari tidur, adik kat kampung call, katanya suaminya dlm perjalanan dari Keningau...nanti dia usaha cari kami. X sampai setengah jam, dia sampai. Kami semua naik kereta adik ipar untuk teruskan perjalanan balik kampung. Habib tinggal dengan kereta tunggu abang ipar sampai. Kebetulan mereka pun dah gerak dan dah nak sampai...setiap ujian ada hikmahnya tersendiri. Masa ni memang nampak usaha adik beradik nak membantu...terima kasih semua
Seronok dah sampai rumah. Setahun lebih x balik kampung halaman...sampai je terus adik jamu dengan ketam, durian pun ada...alhamdulillah. Hanna seronok boleh main dengan kucing...yang yg lain seronok jumpa sepupu sepapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan