Khamis, 20 Ogos 2020

Jom Jalan-jalan Di Hujung Minggu - Part 1

 Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan..hujung minggu 09/08/2020 - Ahad, habib nak bawa kami jalan-jalan. Tapi x boleh jalan jauh sangat sebab hujung bulan planning nak balik kampung. Keluar rumah, kami plan nak mandi sungai di Kampung Janda Baik dan singgah kat mana-mana untuk beli makanan












Dalam perjalanan kami singgah di Sg. Besi untuk sarapan dan makan tengahari sekali. Kali ni nak cari kedai melayu...nak makan asam pedas. Alhamdulillah jumpa...kedai asam pedas tapi lupa la nama kedai tu. Habib ambik asam pedas ayam, anak-anak ambil ayam goreng dan saya ambik daging selai masak lemak...Memang puashati...sedap. Tapi malang sungguh nasib hari tu, burung berak atas cermin depan plak. Habib kata memang kena cuci kereta dulu la. Plan ke Kampung Janda Baik tukar ke Langat.

Dalam perjalanan jumpa kedai cuci kereta, sebaris dalam kedai bundle JBR. Habib cuci kereta kami masuk JBR tapi window shopping je...anak-anak beli aiskrim. Keluar dari JBR singgah kedai makan Cendol kat sebelah...kita order cendol durian tapi utk mama seorang je...anak-anak sibuk main









Nasib baik kakak Nini dah boleh harap jaga adik-adik...mama boleh layan cendol dengan aman. Ali plak pergi beli air kelapa muda kat kedai depan. Siap semua...kami teruskan perjalanan ke Langat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memori Sepanjang Bulan Ogos 2020