Assalamualaikum
Nak cereta perjalanan kami sekeluarga balik kampung pada julai lepas. Kali kami balik sekejap je iaitu dari 29/07/2020 hingga 02/08/2020. Perjalanan yang singkat, harus digunakan sebaik mungkin...Buat pertama kalinya kami ambil grab untuk ke KLIA. Pemandu grab tu kawan habib...so dia dah booking awal-awal. Petang tu lepas balik kerja/sekolah kami terus bersiap.
Gambar kat bawah gambar dalam grab
Sampai airport...terus cari tempat nak check in...kami saja x check in awal-awal, memandangkan macam sempat je nak buat kat airport
Lepas check in, pegawai yang bertugas tu pesan untuk masuk web Jabatan Kesihatan Negeri Sabah(JKNS) untuk isi borang pengisytiharan. Musim virus lagi kan. Jenuh juga nak isi sebab setiap seorang kena isytihar...6 orang 6 borang kena isi secara online. Nasib baik kami isi juga...kalau x sampai airport Sabah kena isi borang secara manual baru dibenarkan masuk.
Dah selesai semua, kami terus ke balai berlepas. Masa ni semua lapar. Beli dan makan maggie je kat dalam tu. Anak-anak makan roti seorang satu
Nasib x baik petang tu...flight delayed, Hanna dah start meragam, bosan kot...tengok gambar kat bawah...pelbagai gaya
Hanna dah 2 tahun...ada seat sendiri tapi tali pinggang tu x padan dgn dia. Habib try minta tali pinggang lain tapi x boleh sebab dia dah ada seat sendiri
Alhamdulillah mendarat dengan selamat di airport Sabah. Walaupun agak lewat terbang tapi sampai Sabah ontime juga. Di airport abang ipar dah sedia menunggu. Terima kasih kak sah sekeluarga, sentiasa sudi jemput dan sediakan kereta untuk kami setiap kali kami balik Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan